ERRANI bekas juara beregu lima kali Grand Slam.
ERRANI bekas juara beregu lima kali Grand Slam.
AFP

MILAN: Bekas finalis Terbuka Perancis, Sara Errani disenaraikan dalam skuad Piala Fed Itali menentang Switzerland bagi pertembungan pusingan pertama Kumpulan Dunia 11 selepas tamat hukuman gantung 10 bulan angkara doping.

Errani juara beregu lima kali Grand Slam selesai menjalani hukuman yang dinaikkan dari dua bulan ke 10 bulan pada Jun lalu oleh Mahkamah Arbitrasi Sukan (CAS).

Errani boleh beraksi pada 8 Februari dan perlawanan dijadualkan dua hari berikutnya, 9-10 Februari.

Finalis Roland Garros 2012 dari Itali itu digantung dua bulan oleh tribunal bebas Persekutuan Tenis Itali selepas gagal ujian doping pada Februari tahun lalu.

Agensi Anti Doping Itali merayu keputusan itu yang mahukan hukuman lebih lama dan Errani perlu menjalani tambahan lapan bulan lagi.

Kapten Piala Fed Itali, Tathiana Garbin memanggil Errani yang kini menduduki ranking ke-113 untuk aksi menentang Switzerland di Biel.

Bekas juara empat kali Piala Fed itu turut dianggotai Camila Giorgi - ranking 27, Martina Trevisan (170), Jasmine Paolini (199) dan Deborah Chiesa (264).

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 31 January 2019 @ 1:19 PM