ZVEREV menang 6-2, 6-2 ke atas Nagy di   Frankfurt,  awal pagi tadi.
ZVEREV menang 6-2, 6-2 ke atas Nagy di Frankfurt, awal pagi tadi.
AFP

PARIS: “Ia impian menjadi kenyataan buat saya dan gembira kerana akhirnya dapat menyumbang kemenangan kepada negara saya dalam saingan Piala Davis,” kata Alexander Zverev selepas pemain Jerman berusia 19 tahun itu menewaskan Peter Nagy dari Hungary bagi meletakkan pasukannya semakin hampir ke pusingan akhir Piala Davis yang kini menggunakan format baharu, awal pagi tadi.

“Kamu bermain untuk negara kamu, sesuatu yang kita tidak dapat setiap minggu.”

Dia yang menghuni ranking nombor tiga dunia melakar kemenangan selesa  6-2, 6-2 bagi meletakkan pasukannya mendahului 2-0 dengan acara beregu dan perseorangan akan beraksi lewat malam ini.

Philipp Kohlschreiber menyumbang mata pertama Jerman di Frankfurt apabila dia menewaskan  Zsombor Piros 6-7 (8/6), 7-5, 6-4.

Sementara itu, bekas juara, Australia, Russia dan Serbia turut mendahului lawan masing-masing dengan 2-0.

John Millman menewaskan pemain nombor satu Bosnia, Damir Dzumur 6-3, 6-2 di Adelaide sebelum bintang meningkat naik, Alex De Milnaur mencatat kemenangan 6-3, 7-6 (7/0) bagi merekodkan kemenangan pertama dalam saingan Piala Davis.

Serbia turut menghampiri pusingan akhir Piala Davis biarpun tanpa kelibat juara Terbuka Australia, Novak Djokovic apabila  Dusan Lajovic menewaskan pemain ranking ke-593, Sanjar Fayziev 7-6 (7/4), 6-3, sebelum Filip Krajinovic menang 6-2, 6-4 ke atas Denis Istomin di Tashkent.

Bintang muda Russia, Daniil Medvedev terpaksa bekerja keras sebelum menang ke atas pemain Switzerland, Switzerland’s Henri Laaksonen7-6 (10/8), 6-7 (6/8), 6-2 bagi memberikan mata pendahuluan kepada pelawat di Biel.

Pemain ranking ke-11 dunia, Karen Khachanov meletakkan Russia selesa di depan apabila menewaskan Marc-Andrea Huesler, 6-3, 7-5.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 Februari 2019 @ 12:03 PM