WILLIAN (kanan) tak terfikir untuk tinggalkan Chelsea. FOTO/AFP
WILLIAN (kanan) tak terfikir untuk tinggalkan Chelsea. FOTO/AFP
AFP

LONDON: Willian menegaskan dia tidak terfikir untuk meninggalkan Chelsea selepas jaringan menariknya memastikan kemenangan 2-1 ke atas Newcastle di laman sendiri, awal pagi tadi.

Newcastle, diancam penyingkiran daripada Liga Perdana Inggeris, menyaksikan Ciaran Clark menjaringkan gol penyamaan sebelum rehat babak pertama selepas gol awal Pedro meletakkan Chelsea di depan di Stamford Bridge.

Namun dengan Newcastle terus memberikan cabaran buat tuan rumah, sepakan lencong Willian pada minit ke-57 memberikan tiga mata buat Chelsea.

Ia gol kelimanya musim ini dan yang pertama dalam liga sejak Oktober lalu tetapi Willian berkata: “Saya rasa ia sentiasa sukar bagi aksi Liga Perdana.

“Kami perlu lebih tajam… saya menjaringkan gol yang bagus. Saya nampak ruang dan meletakkan bola betul-betul di mana yang saya mahukannya.”

Willian kerap kali dikaitkan dengan perpindahan keluar dari Chelsea tetapi dia tetap dengan pendiriannya mahu terus kekal di kelab barat London itu.

“Masa depan saya di Chelsea, saya tidak tahu apa yang anda perkatakan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 13 January 2019 @ 1:40 PM