VETTEL tekad halang Hamilton muncul juara. FOTO/AFP
VETTEL tekad halang Hamilton muncul juara. FOTO/AFP
AFP

AUSTIN: Sebastian Vettel sekali lagi akan mengambil pendekatan agresif dalam perebutan kejuaraan di Grand Prix Amerika Syarikat (AS) hujung minggu ini, kata pemandu Jerman itu.

Bercakap kepada pemberita menjelang perlumbaan Ahad ini di mana dia akan cuba menghalang Lewis Hamilton daripada menewaskannya untuk merangkul kejuaraan kelima, Vettel bercadang untuk tampil seagresif mungkin.

Juara dunia empat kali Hamilton dari Mercedes akan muncul juara tahun ini jika dia berjaya mengatasi pemandu Ferrari Vettel yang juga mengumpul jumlah kejuaraan sama, dengan kelebihan lapan mata.

“Saya rasa ia cukup mudah bagi kami,” kata Vettel. “Kami ketinggalan jauh jadi kami perlu fokus untuk menang dan kemudian lihat apa yang pasukan lain lakukan.

“Ia cukup jelas bagi kami. Saya sentiasa mencuba untuk menang dan saya rasa anda perlu menjadi agresif untuk menang, dan sudah tentu anda perlu mencari keseimbangan.

“Anda tidak boleh melakukan perkara yang bodoh atau tidak menamatkan perlumbaan, kerana dengan cara itu anda tidak akan menang.

HAMILTON hampiri kejuaraan. FOTO/AFP
HAMILTON hampiri kejuaraan. FOTO/AFP

“Saya tahu apa yang diperlukan, tahu apa yang perlu dilakukan, dan kami tahu kami perlu mengambil risiko lebih kerana kami tidak berada dalam kedudukan selesa untuk mengawal jurang kejuaraan kerana kami tidak mempunyainya.”

 

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 19 Oktober 2018 @ 8:29 AM