NEYMAR bukan penentu nasib Brazil walaupun dia menjadi tumpuan dunia. Foto REUTERS
NEYMAR bukan penentu nasib Brazil walaupun dia menjadi tumpuan dunia. Foto REUTERS
AFP

NEYMAR mungkin sekali lagi menjadi tumpuan ketika Brazil memburu rekod kejayaan keenam Piala Dunia di Russia. 

Namun, jika skuad Amerika Selatan itu berjaya mengulangi kejayaan 1958 dengan kemenangan Piala Dunia di tanah Eropah, terdapat kemungkinan yang kuat ia berkait mengenai benteng pertahanan yang kuat.

Dalam mana-mana Piala Dunia, penjaring terbanyak akan menjadi tumpuan paling diingati.

Ketika muncul juara Piala Dunia, Jerman cuma bolos empat gol daripada tujuh perlawanan pada 2014, dan Sepanyol bolos hanya dua gol pada 2010, sama seperti skuad Itali yang menjulang kejayaan pada 2006.

Persoalan sama ada Neymar akan terus mencuri tumpuan, jurulatih Tite berkata, ada banyak lagi kelebihan pasukan itu berbanding mengenai penyerang Paris Saint-Germain (PSG) itu sahaja apabila pasukan itu dalam persediaan bertemu Mexico, esok.

“Dalam bola sepak selalunya ada seorang pemain yang mendapat tumpuan lebih. Tetapi anda perlu mempunyai sebuah pasukan yang sangat bagus,” kata pertahanan, Casemiro.

“Memang tidak dapat dielakkan apabila orang ramai bercakap mengenai pemain yang agak bagus ialah Neymar, tetapi kami tidak boleh lupakan yang kami ada pemain hebat lain.”

Brazil yang memenangi Piala Dunia 1994 dan 2002 juga mempunyai ramai pemain berbakat dalam jentera serangan, tetapi kejayaan mereka ditentukan berdasarkan pertahanan kebal pasukan itu.

“Kami mempunyai skuad yang sangat seimbang, bijak dan tenang apabila diperlukan,” kata pertahanan, Thiago Silva yang membantu Brazil mencatat gol kedua ketika kemenangan menewaskan Serbia 2-0 pada Rabu lalu.

 

 

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 1 Julai 2018 @ 11:55 AM