PERTAHANAN kanan Brazil, Danilo dan Marcelo dikhabarkan sudah menjalani latihan. FOTO Reuters
PERTAHANAN kanan Brazil, Danilo dan Marcelo dikhabarkan sudah menjalani latihan. FOTO Reuters
Reuters

SOCHI, Russia: Pertahanan kanan Brazil, Danilo kembali pulih daripada kecederaan paha dan boleh beraksi bagi pertemuan 16 terakhir menentang Mexico, kata doktor pasukan Rodrigo Lasmar.

“Danilo cergas untuk beraksi. Dia menjalani latihan hari ini dan boleh diturunkan oleh Tite (jurulatih Brazil),” kata Lasmar.

Marcelo, yang mengalami masalah kesakitan belakang ketika aksi terakhir kumpulan berdepan Serbia, turut pulih tetapi belum cergas sepenuhnya.

“Marcelo sudah mula melakukan latihan fizikal dan dia berasa bagus. Kami optimis dia boleh diturunkan,” kata Lasmar.

Bagaimanapun Brazil mungkin terpaksa melupakan khidmat pemain sayap, Douglas Costa yang menjalani proses pemulihan dengan baik tetapi tidak cergas untuk aksi di Samara itu.

Skuad Selecao mara sebagai juara Kumpulan E dan akan bertemu Mexico, naib juara Kumpulan F.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 1 Julai 2018 @ 4:57 AM