LINGARD pada sesi latihan di  Zelenogorsk. FOTO AFP
LINGARD pada sesi latihan di Zelenogorsk. FOTO AFP
Reuters

JESSE Lingard berkata pengendali England, Gareth Southgate memberikan keyakinan kepada mereka supaya tidak gentar untuk berhadapan Tunisia bagi aksi pertama mereka di Piala Dunia, Isnin ini.

 “Southgate berjaya menanam mentaliti supaya dapat beraksi lebih bebas, tidak gentar dan nikmati masa di sini,” kata Lingard.

 “Jadi, sebagai satu pasukan, inilah yang mahu kami lakukan - nikmati permainan kami, main tanpa rasa takut dan memperagakan bola sepak yang menarik.

 “Sudah tentu kami mahu sampai ke final namun kami perlu fokus satu perlawanan sebelum bersedia untuk aksi yang seterusnya.”

 Pemain berusia 25 tahun itu turut mengakui mudah untuk menyesuaikan diri dengan taktikal Southgate memandangkan mereka pernah bersama dalam skuad remaja sebelum ini.

 “Dia memahami cara permainan saya.

 “Sebelum ini, kami bersama dalam skuad remaja dan kini skuad senior. Dia banyak membantu perkembangan saya.”

 

 

 

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 15 Jun 2018 @ 4:57 PM