MOHAMED Salah mencipta rekod jaringan Liga Perdana Inggeris dengan 32 gol dalam 38 perlawanan semusim. FOTO Reuters
MOHAMED Salah mencipta rekod jaringan Liga Perdana Inggeris dengan 32 gol dalam 38 perlawanan semusim. FOTO Reuters
AFP

MOHAMED Salah mencipta rekod jaringan Liga Perdana Inggeris dengan 32 gol dalam 38 perlawanan semusim untuk mengesahkan tempat buat Liverpool ke Liga Juara-Juara musim depan apabila menewaskan Brighton 4-0 di Anfield, malam tadi.

Kemenangan buat Liverpool bermakna tidak kisah apa yang berlaku buat pasukan tangga kelima, Chelsea yang berdepan Newcastle, namun pasukan itu gagal memberi sebarang tekanan kepada finalis Liga Juara-Juara itu apabila tewas 3-0 di St. James’s Park.

Liverpool menyasarkan untuk menang Piala Eropah buat kali keenam apabila mereka akan berdepan pasukan gergasi, Real Madrid pada final Liga Juara-Juara pada 26 Mei.

Pada kedudukan terbawah liga, tujuh musim di Liga Perdana buat Swansea berakhir ketika pasukan itu menyertai West Brom dan Stoke City tersingkir ke Liga Kejuaraan.

Perlu menewaskan Stoke, sambil berharap Southampton akan kalah kepada Manchester City dan kelebihan 10 gol memihak mereka, Swansea tewas 2-1 di laman sendiri kepada Stoke.

Chelsea gagal memberikan peluang untuk mengatasi Liverpool di kedudukan keempat ketika mereka tewas perlawanan ke-10 liga musim ini.

Jaringan Dwight Gayle dan dua gol daripada Ayoze Perez memberi lebih tekanan buat bos Chelsea, Antonio Conte hanya enam hari menjelang perlawanan yang mungkin menjadi yang terakhir buat pengendali dari Itali itu di final Piala FA menentang Manchester United.

Sementara itu, Juara baharu, Manchester City memecahkan rekod Liga Perdana untuk catatan kemenangan, mata dan gol terbanyak musim ini dan mencatat satu lagi rekod selaku pasukan di England mencipta 100 mata ketika Gabriel Jesus meledak jaringan dramatik lewat permainan untuk mengatasi Southampton 1-0.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 14 Mei 2018 @ 1:26 AM