Mohamed Salah mahu terus berjaya dalam Liga Perdana. FOTO EPA-EFE
Mohamed Salah mahu terus berjaya dalam Liga Perdana. FOTO EPA-EFE
AFP

LONDON: Mohamed Salah merangkul satu lagi anugerah selepas musim yang hebat bersama Liverpool ketika bintang Mesir itu dinamakan sebagai Pemain Terbaik Tahunan Liga Perdana, hari ini.

Salah sudah memenangi Pemain Terbaik Tahunan PFA selepas menerima undian rakan pemain selain Pemain Terbaik Tahunan Persatuan Penulis Bola Sepak dan Pemain Terbaik Tahunan Liverpool.

Pemain berusia 25 tahun itu menerima anugerah individu pada penamat musim dia menjaringkan 31 gol dalam 37 perlawanan liga berikutan perpindahan dari Roma tahun lalu.

Salah akan memecah rekod Liga Perdana dengan 31 gol dalam 38 perlawanan jika dia menjaringkan gol berdepan Brighton, hari ini.

Dia sudah menjaringkan 43 gol dalam semua 50 perlawanan buat Liverpool musim ini.

“Mereka berkata saya tidak akan berjaya di sini pada pertama kali,” kata Salah.

“Jadi ia sentiasa berada di fikiran saya untuk berjaya di sini dalam Liga Perdana. Saya sangat gembira. Saya gembira memenanginya.”

 

 

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 13 Mei 2018 @ 9:58 PM