PEMAIN Barca meraikan kemenangan La Liga selepas mengatasi Deportivo La Coruna 4-2. FOTO/AFP
PEMAIN Barca meraikan kemenangan La Liga selepas mengatasi Deportivo La Coruna 4-2. FOTO/AFP
Reuters

CORUNA, Sepanyol: Barcelona dimahkotakan juara La Liga buat kali ke-25 selepas mengatasi Deportivo La Coruna 4-2 sebentar tadi hasil bantuan hatrik tonggak pasukan, Lionel Messi.

Barca hanya memerlukan seri untuk meraih gelaran dan melengkapkan lapan kejuaraan berganda domestik selepas menang Piala Raja Sepanyol minggu lalu dan mereka mendahului 2-0 menerusi jaringan Philippe Coutinho dan penjaring terbanyak, Messi pada babak pertama.

penyerang Deportivo, Lucas Perez kembali mendapatkan satu gol buat for Deportivo lima minit sebelum tamat babak pertama dan pemain tengah Turki, Emre Colak menyamakan kedudukan buat skuad dari Galicia itu pada minit ke-64.

Deportivo yang bergelut hampir mendapat gol kemenangan dan menjadi pasukan pertama menewaskan Barca dalam liga musim ini.

Bagaimanapun bintang Argentina itu ada perancangan lain apabila kembali membawa Barca di depan menerusi cubaan jarak dekat pada minit ke-82 sebelum melengkapkan jaringannya dengan gol ke-32 musim ini.

Skuad kendalian Ernesto Valverde yang masih belum kalah kini mengumpul 86 mata daripada 34 perlawanan, 11 mata di depan pasukan tangga kedua, Atletico Madrid.

 

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 30 April 2018 @ 5:15 AM