ELNENY (dua dari kiri) diperintah keluar padang selepas mengasari pemain Southampton.
ELNENY (dua dari kiri) diperintah keluar padang selepas mengasari pemain Southampton.
Reuters

London: Arsenal memenangi rayuan ke atas Mohamed Elneny yang dibuang padang ketika menentang Southampton, Ahad lalu, sekali gus boleh menyenaraikan pemain tengahnya itu untuk tiga perlawanan Liga Perdana Inggeris selepas ini.

Dalam satu kenyataan, Persatuan Bolasepak (FA) Inggeris berkata, hukuman penggantungan tiga perlawanan itu dilucutkan selepas suruhanjaya pengawal seliaan bebas mendapati pemain Mesir itu bebas daripada sebarang tingkah laku kekerasan.

Arsenal menang 3-2 pada perlawanan itu manakala Elneny diarah keluar padang selepas dilihat menolak muka pemain Southampton, Cedric Soares.

Pemain Saints, Jack Stephens juga menerima nasib sama dalam satu insiden berasingan selepas itu.

Kad merah berkenaan adalah yang pertama buat Elneny dalam karier profesionalnya.

Arsenal kini ketinggalan 13 mata di belakang kelompok empat terbaik dan harapan terbaik buat mereka musim ini adalah Liga Europa.

Mereka dijadual menentang Newcastle United dalam saingan liga, Ahad ini sebelum melayan kunjungan West Ham di laman sendiri dan bertemu Manchester United di gelanggang lawan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 12 April 2018 @ 9:37 AM