YEE Khie mengangkat bebanan 188.7kg. FOTO/FAIL
YEE Khie mengangkat bebanan 188.7kg. FOTO/FAIL
Daripada Ajitpal Singh dan Nor Hairulnizam Wahid di Gold Coast


ATLET powerlifting negara, Jong Yee Khie terpaksa ‘akur’ dengan dominasi jagoan Nigeria, Abdulazzez Ibrahim apabila meraih pingat perak kategori heavyweight di Carrara Sports and Leisure Centre hari ini.

Biarpun kedua-duanya melakukan angkatan 220kg, namun kiraan pengadil lebih memihak kepada atlet Nigeria itu apabila mereka hanya dipisahkan dengan 3.2 mata.

Yee Khie menjulang bebanan 205kg pada angkatan pertama disusuli 213kg dan 220kg untuk angkatan terakhir.

Pingat gangsa menjadi milik atlet India, Sachin Chaudary.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 10 April 2018 @ 8:12 PM