PEMAIN Tottenham, Dele Alli (kiri) menewaskan penjaga gol Chelsea, Willy Cabollero pada aksi EPL di Stadium Stamford Bridge. - Foto EPA-EFE
PEMAIN Tottenham, Dele Alli (kiri) menewaskan penjaga gol Chelsea, Willy Cabollero pada aksi EPL di Stadium Stamford Bridge. - Foto EPA-EFE

TOTTENHAM Hotspur mencipta kemenangan pertama di Chelsea sejak 28 tahun dengan Dele Alli menjaringkan dua gol pada babak kedua ketika mereka bangkit daripada ketinggalan untuk menang 3-1 dan sekali gus mengesahkan kedudukan keempat Liga Perdana Inggeris (EPL), sebentar tadi.

Ia tampak cerita yang sama buat kelab utara London itu apabila kesilapan Hugo Lloris membenarkan Alvaro Morata menanduk masuk buat skuad The Blues selepas setengah jam.

Tottenham membalas pada penamat separuh masa pertama dengan pemain tengah, Christian Eriksen, yang sudah menguji penjaga gol tuan rumah, Willy Caballero dengan usaha lemah, meledak dengan kaki kanan mengatasi penjaga gol Argentina itu.

Tottenham bermain lebih yakin pada babak kedua dan Alli meledak dua kali dari jarak dekat dalam tempoh empat minit untuk menukar perlawanan.

Spurs yang meraikan kembalinya Harry Kane apabila masuk dari bangku simpanan selepas pulih daripada kecederaan pergelangan kaki, kini lapan mata di depan berbanding Chelsea di tangga kelima tatkala berbaki tujuh perlawanan.

- REUTERS

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 2 April 2018 @ 2:13 AM