JUSTIN ROSE
JUSTIN ROSE
Reuters

TEXAS: Setahun selepas tewas saingan playoff kepada Sergio Garcia di Masters, Justin Rose mengisytiharkan dirinya sudah bersedia untuk merampas jaket hijau ketika dia menyertai saingan pemanas badan Terbuka Houston.

Pemain England itu adalah seorang daripada pemain handalan yang menggunakan kejohanan Jelajah PGA minggu ini bagi persediaan menghadapi Augusta, menyertai pemain lain seperti Jordan Spieth, Phil Mickelson dan Rickie Fowler di Golf Club of Houston.

Rose menampilkan statusnya sebagai antara pilihan memenangi major pertama tahun ini dan tidak menolak peluang yang boleh dicapainya.

“Berdasarkan permainan, saya berada di mana saya mahu berada,” katanya kepada wartawan di Texas, hari ini.

“Saya rasa semakin selesa apabila mengetahui saya akan ke sana (Masters) sebagai seorang daripada pemain pilihan dan kali ini saya mesti melakukannya.

“Tahun lalu saya gembira di Houston dan jelas ia menjadi sesuatu yang baik di Augusta buat saya.

“Ini bukan mengenai minggu depan, tetapi jelas apabila anda bermain dengan sangat rapat ke kejohanan major, ia sentiasa dalam minda anda.”

Rose menjadi antara pemain terbaik dunia sejak beberapa bulan lalu, menang tiga kejuaraan lewat tahun lalu termasuk Kejuaraan Golf Dunia (WGC) di Shanghai.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 29 Mac 2018 @ 10:38 AM