PEMAIN Roma, Cengiz Under (kiri) cuba mengasak pemain Shakhtar Donetsk, Marlos pada saingan pertama kelompok 16 pasukan terakhir Liga Juara-Juara. - Foto AFP
PEMAIN Roma, Cengiz Under (kiri) cuba mengasak pemain Shakhtar Donetsk, Marlos pada saingan pertama kelompok 16 pasukan terakhir Liga Juara-Juara. - Foto AFP

SHAKHTAR Donetsk bangkit daripada ketinggalan satu gol ketika sepakan percuma Fred memberikan juara Ukraine itu kemenangan 2-1 mengatasi Roma di sini, awal pagi tadi dalam saingan pertama kelompok 16 pasukan terakhir Liga Juara-Juara.

Pemain remaja Turki, Cengiz Under pula menandakan kemunculan pertama dalam saingan berkenaan buat Roma dengan gol pembukaan pada minit ke-41.

Namun jaringan babak kedua oleh Facundo Ferreyra dan Fred menyebabkan pertembungan itu kembali seimbang menjelang aksi kedua di Stadio Olimpico dalam tempoh tiga minggu.

Roma yang berazam mara ke suku akhir buat pertama kali dalam tempoh 10 tahun, bermula baik manakala Shakhtar, yang hanya kembali ke kejohanan kompetitif hujung minggu lalu selepas rehat musim sejuk, membiarkan pelawat mendapat ruang di bahagian tengah.

Kelab Itali itu memiliki peluang untuk mendahului pada minit keenam, namun penjaga gol, Andriy Pyatov menyelamatkan cubaan Edin Dzeko.

Pada minit ke-21, Dzeko memaksa Pyatov melayangkan badan untuk menyelamatkan satu lagi cubaan rendah dalam kawasan penalti selepas serangan balas pantas.

Bagaimanapun penjaga gol itu gagal menghalang Under daripada meletakkan Roma di depan empat minit sebelum tamat babak pertama.

Pemain berusia 20 tahun itu meledak selepas menerima bola hantaran penyerang Bosnia, Dzeko walaupun cuba diselamatkan oleh Pyatov. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 22 Februari 2018 @ 9:38 AM