ARSENAL akan berdepan Spurs di Wembley buat kali pertama dalam 25 tahun. -Foto AFP
ARSENAL akan berdepan Spurs di Wembley buat kali pertama dalam 25 tahun. -Foto AFP
AFP

LONDON: Arsene Wenger memberi amaran kepada bintang Arsenal supaya terus tenang apabila berdepan pencabar mereka Tottenham ketika aksi kelab tetangga utara London itu kembali ke Wembley buat kali pertama dalam tempoh 25 tahun.

Skuad Wenger yang berada di tangga keenam Liga Perdana Inggeris, bagaimanapun hanya empat mata berbanding Tottenham di tangga kelima.

Ketika harapan untuk memburu tangga keempat dan kelayakan ke Liga Juara-Juara masih belum pasti, Gunners enggan menyerah di tangan jiran mereka malam esok, ketika Tottenham hanya ketinggalan satu mata dari tangga keempat dan terdesak untuk mengelak daripada kekalahan.

Dengan status sebagai kelab terkuat utara London turut menjadi taruhan, 80,000 penyokong yang hadir dijangka menjanjikan suasana hangat.

Wenger menyedari pemain mampu hilang kawalan diri jika terbawa-bawa dengan suasana pertembungan kelab tetangga itu.

Malah dengan kehadiran pemain baru Pierre-Emerick Aubameyang dan Henrikh Mkhitaryan yang membuat penampilan sulung pertembungan dua kelab utara London bermain pemain tengah Tottenham Dele Alli, pengurus Arsenal itu memberi amaran kepada pemainnya supaya kekal fokus.

“Semangat luar biasa dirasai sebelum perlawanan dan emosi yang hadir menjadikannya lebih hangat.

“Ia sentiasa menjadi perlawanan yang didorong emosi.

“Bagi saya ia peluang untuk menghampiri tempat ke Liga Juara-Juara dan ia satu keutamaan bagi kami.”

Biarpun Arsenal menewaskan Tottenham 2-0 di Stadium Emirates November lalu, mereka tidak pernah menang ke atas lawan mereka di tempat lawan sejak 2014.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 9 Februari 2018 @ 10:20 AM