FRANKLIN akan berada di Kota Kinabalu 23 Februari. FOTO/AFP
FRANKLIN akan berada di Kota Kinabalu 23 Februari. FOTO/AFP
Farah Azharie


KUALA LUMPUR: Bekas juara kategori middleweight, Ultimate Fighting Championship (UFC), Rich Franklin akan berada di Kota Kinabalu pada 23 Februari ini bagi mencari bintang baharu sukan tempur itu.

Franklin akan berkunjung ke Borneo Tribal Squad sebagai sebahagian daripada rakaman siri ONE Championship - Rich Franklin’s ONE Warrior Series.

Franklin juara dunia berganda middleweight, akan berkunjung ke beberapa bandaraya di Asia dan mengunjungi gimnasium tempatan dengan episod pertama menjalani penggambaran di Bangkok, Manila, Seoul, Tokyo dan Beijing bagi mencari bakat baharu.

Mereka yang layak akan diberikan kontrak AS100,000 (RM390,000) bersama ONE Championship.

Franklin, yang juga naib presiden ONE Championship dan Ketua Pegawai Eksekutif One Warrior Series akan disertai pasukan penerbitan video ketika menjelajah wilayah ini.

“Asia menjadi prospek yang bagus buat penggiat sukan tempur dan ia tidak mengejutkan kerana ia sudah berada di sini sejak lebih 5,000 tahun. Sepanjang saya bersama ONE Championship, saya menyaksikan antara seni mempertahankan diri terbaik.”

“Bintang hari ini seperti Angela Lee dan Eduard Folayang hadir dari akar umbi di Asia, bintang seni mempertahankan seterusnya hanya menanti masa untuk ditemui,” kata Frankling.

Siri dokumentari itu akan bersiaran selama 30 minit.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 31 January 2018 @ 8:40 PM