CITY akan bertemu Wigan Athletic selepas diundi pada pusingan kelima Piala FA. Foto Reuters
CITY akan bertemu Wigan Athletic selepas diundi pada pusingan kelima Piala FA. Foto Reuters
AFP

LONDON: Manchester City berpeluang membalas dendam kekalahan mengejut mereka kepada Wigan Athletic pada final Piala FA Inggeris 2013 selepas kedua-dua pasukan diundi pada pusingan kelima, sebentar tadi.

Wigan, yang kini mendahului divisyen tiga Liga Satu, muncul pasukan pertama yang memenangi Piala FA kemudian turun divisyen pada musim sama apabila mereka mengalahkan City 1-0 pada final 2013.

Mereka kemudian tumpas 1-4 kepada Arsenal tiga hari kemudian, kekalahan yang menyebabkan mereka tersungkur ke divisyen dua Liga Kejuaraan.

Mereka mengalahkan City sekali lagi dalam Piala FA pada musim berikutnya, menang 2-1 pada suku akhir di Stadium Etihad dan hanya dinafikan tempat ke final kedua berturut-turut oleh Arsenal menerusi penentuan penalti.

Huddersfield berpeluang mengulangi kemenangan Liga Perdana Inggeris ke atas Manchester United di Stadium Kirkless jika mereka mengatasi Birmingham City pada aksi ulangan pusingan keempat.

Sementara itu, pertembungan musuh setempat London antara kelab Liga Kejuaraan, Millwall dan Tottenham Hotspur akan menjadi kenyataan jika mereka menang aksi ulangan masing-masing.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 30 January 2018 @ 6:54 AM