YING Ying
YING Ying
HM Digital

Kuala Lumpur: Datuk Tey Seu Bock tidak bercadang melakukan pertukaran pemain dalam acara perseorangan wanita menghadapi Kejohanan Berpasukan Asia di Alor Setar, bulan depan.

Sebaliknya, ketua jurulatih perseorangan wanita itu tetap dengan pendirian mengekalkan pemain yang sudah disenaraikan biarpun Lee Ying Ying menunjukkan prestasi konsisten dalam dua kejohanan antarabangsa.

Ying Ying mencuri tumpuan apabila mara ke suku akhir Masters Malaysia sebelum tewas di tangan pemenang pingat emas Olimpik Rio 2016, Carolina Marin dari Sepanyol, kelmarin.

Dia sebelum itu mengejutkan pemain ke-15 dunia, Aya Ohori dari Jepun pada pusingan kedua.

Pemain ke-49 dunia itu turut mara ke suku akhir Masters Thailand, minggu lalu.

Nama Ying Ying tidak berada dalam senarai menghadapi kejohanan di Alor Setar, sebaliknya Seu Bock menaruh kepercayaan kepada Sonia Cheah, Goh Jin Wei, Lim Yin Fun dan S Kisona.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 21 January 2018 @ 4:30 AM