DORTMUND mahu AS$85.6 juta (RM338.58 juta) jika Arsenal mahukan Aubameyang. Foto AFP
DORTMUND mahu AS$85.6 juta (RM338.58 juta) jika Arsenal mahukan Aubameyang. Foto AFP
AFP

BERLIN: Borussia Dortmund berkata mereka tidak menghubungi Arsenal sekali pun timbul laporan yang mengatakan penyerang bintangnya, Pierre-Emerick Aubameyang (gambar) terdesak untuk menyertai kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu.

Bapa Aubameyang dan ejennya, Pierre dilaporkan berada di London pada minggu ini untuk berbincang mengenai perpindahan peledak berbisa dari Gabon itu.

Menurut majalah Jerman, Kicker, Dortmund mahu AS$85.6 juta (RM338.58 juta) untuk mendapatkan penjaring gol terbanyak Bundesliga musim lalu itu.

Aubameyang sudah menjaringkan 21 gol dalam 23 perlawanan musim ini namun dijatuhkan hukuman disiplin ketiga dalam tempoh 16 bulan susulan kegagalan menghadiri mesyuarat pasukan.

Pengurus Arsenal, Arsene Wenger memuji Aubameyang yang disifatkan memiliki ‘karektor yang kuat’, sesuatu yang jelas tidak senada dengan Pengarah Sukan Dortmund, Michael Zorc.

“Kami mendapati ia adalah perkara yang tidak hormat untuk bercakap mengenai pemain daripada kelab lain,” kata Zorc yang menambah Aubameyang ‘berlatih dengan baik dan fokus’ bagi mendapatkan tempatnya di Dortmund.

“Kami langsung tidak menghubungi Arsenal dan kami menganggap Arsene Wenger sudah mempunyai cukup masalah mengenai prestasi pemainnya.”

Aubameyang memiliki kontrak di Dortmund sehingga 2021.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 19 January 2018 @ 12:20 PM