TCHETCHE Kipre (kanan).
TCHETCHE Kipre (kanan).
HM Digital

Kuala Terengganu :“Bukan sekadar pelengkap kuota lima pemain import, sebaliknya mereka mampu memperagakan aksi cemerlang musim 2018,” kata Setiausaha Kelab Penyokong Bolasepak Terengganu (PETEH), Wan Mohd Azmi Wan Ngah.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas harapan tinggi daripada penyokong yang mahukan lima import Terengganu FC I (TFC I) mampu memikul tugas lebih berkesan sekali gus menjadi pembimbing berkualiti kepada pemain tempatan.

Selain itu, Wan Mohd Azmi berharap lima pemain import berkenaan mampu beraksi hingga berakhir musim 2018 bagi mengelak situasi sama berulang seperti di alami Federico Falcone yang ditamatkan kontrak lebih awal.

“Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) perlu lebih fokus dan melihat pemain berkenaan benar-benar terbukti berkualiti dan mampu memberi impak berkesan kepada pasukan,” katanya.

Dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan, PBSNT mengikat lima import iaitu penyerang dari Ivory Coast, Tchetche Kipre atau dilabel sebagai ‘Drogba Terengganu’ dan bekas pemain Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) FC, Kim Hyeon Woo dari Korea Selatan.

Selain itu, dua pemain tengah kelahiran England, Lee Tuck yang pernah beraksi bersama Negeri Sembilan musim ini dan pemain Kemboja, Thierry Chantha Bin serta pemain dari Montenegro, Igor Zonjic mengisi posisi pertahanan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 21 Disember 2017 @ 9:16 AM