ALLI (kiri) menjaringkan gol ketiga Spurs. FOTO/AFP
ALLI (kiri) menjaringkan gol ketiga Spurs. FOTO/AFP
Reuters

LONDON: Penyandang gelaran Liga Juara-Juara, Real Madrid berdepan antara kekalahan paling buruk di Eropah, ketika Dele Alli meledak dua gol bagi membantu kemenangan 3-1 Tottenham Hotspur di Stadium Wembley, sebentar tadi.

Kemenangan ke atas Real itu melayakkan kelab London berkenaan mara ke kelompok 16 terakhir.

RONALDO (empat dari kanan) ledak gol pertama Real. FOTO/AFP
RONALDO (empat dari kanan) ledak gol pertama Real. FOTO/AFP

Real memulakan saingan selaku pendahulu bersama Kumpulan H, tetapi Spurs lebih menyerlah ketika mereka menamatkan 30 aksi tanpa kalah Madrid dalam kumpulan Liga Juara-Juara dengan gaya yang hebat.

Alli memberikan Tottenham gol pembukaan dari jarak dekat pada minit ke-27, dan menggandakan kelebihan tuan rumah pada awal babak kedua (m-56), sebelum Christian Eriksen menambah kawalan Spurs dengan jaringan ketiga (m-65).

ZIDANE (kanan) bersalaman dengan Pochettino selepas perlawanan. FOTO/AFP
ZIDANE (kanan) bersalaman dengan Pochettino selepas perlawanan. FOTO/AFP

Cristiano Ronaldo merapatkan jurang buat skuad kendalian Zinedine Zidane pada minit ke-80, namun ia sudah terlambat ketika Tottenham melengkapkan kemenangan pertama dalam enam percubaan ketika berdepan juara Sepanyol itu.

Kekalahan itu bakal menyaksikan Real akan berdepan lebih banyak kritikan selepas ketinggalan lapan mata di belakang Barcelona dalam saingan La Liga.

Ketika ini, Tottenham mendahului kumpulan dengan 10 mata manakala Real kekal dengan tujuh mata, diikuti Borussia Dortmund dan Apoel Nicosia yang masing-masing memiliki dua mata selepas seri di Jerman.

PEMAIN Spurs meriakan kemenangan. FOTO/AFP
PEMAIN Spurs meriakan kemenangan. FOTO/AFP

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 2 November 2017 @ 7:18 AM