PEMAIN  Sampdoria gembira selepas mara ke pusingan kalah mati Piala Itali.
PEMAIN Sampdoria gembira selepas mara ke pusingan kalah mati Piala Itali.
AFP

MILAN: Sampdoria mara ke pusingan 16 terakhir Piala Itali, awal pagi tadi selepas menundukkan Pescara 4-1 manakala pencabar dalam saingan Serie A, Cagliari dan SPAL masing-masing tewas kepada kelab divisyen bawahan.

Cagliari dikejutkan dengan kekalahan 1-2 di tangan kelab Serie C, Pordenone di Sardinia manakala SPAL tewas 0-2 di laman sendiri kepada kelab Serie B, Cittadlela dalam aksi pusingan keempat.

Pordenone yang berdekatan dengan Venice akan menentang Inter Milan dalam aksi pusingan 16 terakhir pada 13 Disember manakala Cittadella akan berkunjung ke Rome bertemu Lazio.

Sampdoria mendahului tiga gol pada babak pertama ketika menentang kelab Serie B, Pescara apabila David Kownacki membuka tirai jaringan selepas dua minit perlawanan bermula diikuti gol daripada Gaston Ramirez dan Gianluca Caprari.

Kownacki meledak gol kedua peribadi dalam perlawanan itu pada minit ke-74 dengan pemain tengah Libya, Ahmad Benalli menjaringkan gol saguhati Pescara pada minit ke-52.

Sampdoria yang ketika ini menghuni tangga keenam Serie A akan berkunjung ke Fiorentina untuk aksi pusingan 16 terakhir.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 29 November 2017 @ 12:59 PM