MESSI (kiri) jumpa rakan senegara, Dybala dalam aksi UCL.
MESSI (kiri) jumpa rakan senegara, Dybala dalam aksi UCL.
AFP

TURIN: Paulo Dybala sudah kembali ke prestasi terbaik dan akan menghadapi rakan senegaranya, Lionel Messi apabila mengetuai Juventus berdepan Barcelona pada aksi Liga Juara-Juara, awal pagi Khamis ini, waktu Malaysia.

Pada aksi pertama September lalu, Messi, 30, meledak dua gol untuk membantu Barcelona menang 3-0 ke atas Juventus.

Dybala yang dimasukkan sebagai pemain gantian turut mencipta nama bersama Juventus ketika gergasi Itali itu tewas 3-2 kepada Sampdoria dalam saingan Serie A.

Dia menyenaraikan Messi sebagai sumber inspirasi dan mengakui sukar untuk beraksi bersama dalam skuad kebangsaan Argentina.

“Leo tidak ubah seperti Maradona di zaman kami,” kata Dybala kepada France Football.

“Adalah satu penghargaan buat saya untuk beraksi bersamanya dalam pasukan kebangsaan.

“Hatrik yang dilakukannya membawa Argentina ke Piala Dunia. Dia seorang pemimpin bagi pasukan.”

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 21 November 2017 @ 11:10 PM