NORZA (duduk tengah barisan ketiga) bersama pemain dan Anggota Jawatankuasa Persatuan Badminton Putrajaya selepas merasmikan majlis pelancaran Kejohanan Badminton AirAsia-BAM Liga Remaja Kebangsaan Putrajaya 2017 di Kompleks Kejiranan Presint 11 hari ini. FOTO/BERNAMA
NORZA (duduk tengah barisan ketiga) bersama pemain dan Anggota Jawatankuasa Persatuan Badminton Putrajaya selepas merasmikan majlis pelancaran Kejohanan Badminton AirAsia-BAM Liga Remaja Kebangsaan Putrajaya 2017 di Kompleks Kejiranan Presint 11 hari ini. FOTO/BERNAMA
Fabian Peter


PRESIDEN Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Datuk Seri Norza Zakaria menerima keputusan Institut Sukan Negara (ISN) tidak menyenaraikan lebih ramai pemain dalam Program Podium selepas pengumuman bagi pengambilan ketiga hari ini.

Norza, yang berada di Putrajaya sempena pelancaran Liga Junior Kebangsaan AirAsia-BAM, berkata badan induk itu menerima keputusan dibuat ISN dan akan terus bekerja keras bagi disenaraikan pada masa depan.

“OK, saya menerima keputusan ISN. Kami masih ada 12 pemain di bawah Program Podium, dan kami akan pastikan mereka yang ditolak akan terus berlatih untuk mencapai KPI (Petunjuk Prestasi Utama) jadi mereka boleh dipilih pada masa depan.

“Seperti yang saya katakan sebelum ini, kami akan memberi sokongan kepada pemain ini untuk mencapai potensi sebenar mereka menggunakan kemudahan terkini sains sukan bermula tahun depan ketika kami akan bernaung di bawah satu bumbung dengan ABM (Akademi Badminton Malaysia).

“Bagi mereka yang beraksi dengan baik dan berkedudukan dalam kalangan 72 terbaik dunia, kami akan menghantar mereka menyertai sukarang-kurangnya 12 kejohanan. BAM juga membuka jawatan untuk pengarah sains sukan yang akan melihat program spesifik untuk badan induk itu.

“Kami tidak boleh terlalu bergandung kepada bantuan diberikan ISN,” kata Norza.

Selepas pengambilan kedua awal tahun ini, 12 pemain badminton yang berada dalam Program Podium ialah bekas pemain nombor satu dunia, Lee Chong Wei, Goh Jin Wei, Goh V Shem, Tan Wee Kiong, Ong Yew Sin, Teo Ee Yi, Vivian Hoo, Woon Khe Wei, Chan Peng Soon, Tan Kian Meng, Goh Liu Ying dan Lai Pei Jing.

Sementara itu Norza yang juga bekas Pengerusi ISN, memuji Persatuan Badminton Putrajaya (PjBA) kerana memberikan sokongan terhadap liga terbabit ketika 136 pemain bawah 18 tahun daripada sembilan sekolah mengesahkan penyertaan mereka dalam kejohanan berlangsung di Precint 11 pada 15-16 November ini.

“Setakat ini sembilan negeri sudah melengkapkan liga pada tahap negeri dengan Putrajaya akan menjadi yang ke-10.

“Kami masih memerlukan lima negeri, yang sudah berjanji untuk menyertai kejohanan peringkat negeri itu pada minggu pertama Disember nanti.

“Pusingan akhir kebangsaan akan diadakan pada Januari tahun depan dan pemain yang menjadi juara pusingan akhir akan diserapkan secara automatik ke dalam ABM.”

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 10 November 2017 @ 10:38 PM