BADDROL (kanan) tidak dapat beraksi bersama skuad kebangsaan selepas cedera ketika aksi final Piala Malaysia. -Foto fail
BADDROL (kanan) tidak dapat beraksi bersama skuad kebangsaan selepas cedera ketika aksi final Piala Malaysia. -Foto fail
Zulfaizan Mansor


TONGGAK tengah Kedah, Baddrol Bakhtiar dan dua pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Darren Lok serta Junior Eldstal tidak akan bersama skuad Harimau Malaya bagi mengharungi aksi kelayakan Piala Asia 2019 menentang Korea Utara, Jumaat ini dan Selasa depan.

Baddrol dan Darren terlepas dua aksi yang akan berlangsung di Buriram, Thailand selepas dilaporkan mengalami kecederaan pada aksi final Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, kelmarin.

Keadaan itu memaksa jurulatih Harimau Malaya, Nelo Vingada memanggil pemain muda Perak, Ahmad Khairil Anuar Zamri dan Hadin Azman dari FELDA United bagi mengisi tempat dua pemain itu.

“Sementara Junior Eldstal yang sebelum ini berada dalam senarai awal 24 pemain yang diumumkan pada 1 November lalu turut tiada dalam senarai akhir Vingada, sekali gus menjadikan hanya 23 pemain akan dibawa ke Thailand.

“Skuad Harimau Malaya yang memulakan latihan pertama, petang semalam akan turun menjalani latihan kedua dan terakhir di Wisma FAM, petang ini sebelum berlepas ke Buriram, pagi esok,” kata FAM dalam satu kenyataan, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 6 November 2017 @ 4:31 PM