NICOL berpeluang memenangi kejuaraan pada set keempat.
NICOL berpeluang memenangi kejuaraan pada set keempat.
Devinder Singh


PEMAIN England, Sarah-Jane Perry menafikan Datuk Nicol David kejuaraan pertamanya dalam musim 2017-18 Jelajah PSA dengan kemenangan 8-11, 8-11, 11-7, 14-12, 11-7 pada final Terbuka Netsuite di San Francisco, Amerika Syarikat, awal pagi tadi.

Bekas pemain nombor satu dunia Nicol berpeluang mencatat mata kemenangan pada set keempat bagi memastikan kejuaraan pertama sejak di Colombia Mac lalu namun gagal mengambil peluang itu apabila Sarah-Jane bangkit daripada kekalahan dua set pertama untuk merangkul kejuaraan.

Kejayaan pemain nombor enam dunia Sarah-Jane adalah yang keempat berturut-turut ke atas Nicol sekali gus menyamakan rekod pertembungan karier antara mereka kepada 4-4.

SARAH rangkul Terbuka Netsuite.
SARAH rangkul Terbuka Netsuite.

Pemain nombor enam dunia Nicol, yang memburu kejuaraan karier ke-82 dalam Jelajah PSA, bermula garang dalam final pertamanya di San Francisco selepas dua penampilan.

Sarah-Jane bagaimanapun bangkit daripada defisit 4-6 untuk menang set ketiga dan pilihan ketiga itu mendahului 6-0 pada set keempat sebelum Nicol bangkit mengejar dan mendahului 8-7.

Namun Sarah-Jane kemudian memegang tiga mata penamat dan selepas menyelamatkan mata penamat pada kedudukan 11-12, dia menyempurnakan peluang ketiga untuk memaksa set penentuan.

Sarah-Jane menguasai set terakhir sejak mula dan sekalipun Nicol merapatkan kedudukan kepada 5-6, pemain England itu mudah melengkapkan kemenangan itu.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 1 Oktober 2017 @ 3:04 PM