RONALDO (kiri) jaring dua gol ketika Real menentang APOEL di Stadium  Santiago Bernabeu, awal pagi tadi. FOTO/AFP
RONALDO (kiri) jaring dua gol ketika Real menentang APOEL di Stadium Santiago Bernabeu, awal pagi tadi. FOTO/AFP

AFP

MADRID: Cristiano Ronaldo tidak membuang masa membuktikan Real Madrid terasa kehilangannya ketika digantung lima perlawanan domestik apabila menjaringkan dua gol membantu kelab penyandang juara itu memulakan kempen mempertahankan trofi Liga Juara-Juara dengan kemenangan 3-0 ke atas APOEL Nicosia, awal pagi tadi.

Ronaldo, digantung kerana menolak pengadil selepas dibuang padang pada aksi pertama Piala Super Sepanyol, membuka tirai jaringan selepas hanya 12 minit berikutan hantaran leret Gareth Bale.

GOL ketiga Ramos lengkapkan kemenangan Real. FOTO/AFP
GOL ketiga Ramos lengkapkan kemenangan Real. FOTO/AFP

Bintang Portugal itu menambah jaringan menerusi sepakan penalti pada minit ke-51 sebelum sepakan gunting Sergio Ramos melengkapkan jaringan 10 minit kemudian.

Real melonjak ke tangga teratas Kumpulan H di samping Tottenham Hotspur, yang menamatkan badi Wembley mereka dengan kemenangan menakjubkan 3-1 mengatasi Borussia Dortmund.

Ronaldo kini meledak 12 gol dalam enam aksi terakhirnya dalam Liga Juara-Juara.

“Dia pemain terbaik di dunia. Kami tahu dia akan sering menjaringkan gol,” kata bos Madrid, Zinedine Zidane.

“Dengan sedikit tuah hari ini dia boleh menyumbat empat gol.”

Ronaldo menganggap tempoh penggantungannya sebagai satu “penganiayaan” persekutuan bola sepak Sepanyol terhadapnya dan ketiadaannya dirasai Real ketika persembahan hambar seri di laman sendiri menentang Valencia dan Levante.

“Kami bermain beberapa perlawanan tanpa menjaringkan banyak gol tapi anda tidak boleh menang besar sepanjang masa,” kata Ramos.

“Cristiano mempunyai terlalu banyak gol dan kami berasakannya.

“Harapnya dia terus cemerlang. Anda tidak boleh persoalkan tahap yang dicapainya setiap tahun.”

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 September 2017 @ 10:00 AM