PEMAIN boling padang negara ketika majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Hotel Seri Pacific.
PEMAIN boling padang negara ketika majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Hotel Seri Pacific.

Kuala Lumpur: Atlet boling padang berpengalaman Nor Hashimah Ismail tidak pernah gagal menyumbangkan emas untuk negara dalam empat penampilan pada Sukan SEA.

Rekod itu mahu diteruskannya pada edisi 2017 bulan depan apabila bersaing dalam acara berempat bersama Nur Fidrah Noh, Nurul Alyani Jamil, Nur Ain Nabilah Termizi.

“Kalau boleh memang saya mahu teruskan pencapaian itu, saya mahu emas kelima selepas edisi 1999 (Brunei), 2001 (Kuala Lumpur), 2005 (Manila) dan 2007 (Thailand).

“Acara berempat pertama kali dipertandingkan di Sukan SEA namun saya tidak melihatnya sebagai halangan kerana percaya kemampuan gandingan kami berempat,” jelasnya.

Tegasnya, keinginan untuk menyumbang emas bertambah apabila sudah 10 tahun boling padang tidak dipertandingkan di Sukan SEA.

“Saya menanti dan akhirnya dipertandingkan semula di tempat sendiri. Ia menambahkan semangat kami untuk menyumbang emas termasuk peluang beraksi di gelanggang baru,” ujarnya.

Persekutuan Lawn Bowls Malaysia (PLBM) meletakkan sasaran empat emas untuk diraih atletnya pada Sukan SEA bagi membantu kontinjen negara muncul juara keseluruhan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 4 Julai 2017 @ 9:35 AM