MAJLIS pemeteraian MoU antara UTeM dan CMT yang berlangsung di Kampus Induk UTeM, Durian Tunggal, Melaka.
MAJLIS pemeteraian MoU antara UTeM dan CMT yang berlangsung di Kampus Induk UTeM, Durian Tunggal, Melaka.
Suliati Asri

[email protected].m

Kepakaran Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dalam Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) aras tinggi terus diperluas ke Sri Lanka menerusi pembukaan Pusat Pembelajaran UTeM di negara berkenaan.

Naib Canselor UTeM, Profesor Datuk Dr Massila Kamalrudin berkata, universiti itu sentiasa bergerak maju ke hadapan.

Justeru katanya, pembukaan pusat pembelajaran itu adalah inisiatif yang diambil dalam usaha pemerkasaan pengantarabangsaan TVET, sekali gus memartabatkan UTeM di persada dunia.

"Pembukaan Pusat Pembelajaran UTeM di Sri Lanka itu nanti adalah kerjasama dengan College of Management and Technology Campus, Sri Lanka (CMT).

"Ia bertujuan untuk pelaksanaan dan penawaran program, aktiviti akademik dan penyelidikan bersama antara kedua-dua universiti di negara terbabit," katanya.

Sehubungan itu, bagi menzahirkan kerjasama strategik ini, UTeM memeterai Memorandum Pers

efahaman (MoU) dengan CMT di Kampus Induk UTeM, Durian Tunggal, Melaka, baru-baru ini.

MoU itu ditandatangani Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UTeM, Profesor Dr Zulkifilie Ibrahim bersama Dekan Fakulti Pengurusan Teknologi dan Teknousahawanan (FPTT), Profesor Dr Syaiful Rizal Abdul Hamid.

Manakala pihak CMT pula diwakili Pengerusinya Dr A M Jameel dan Pengarah Eksekutif CMT P M Naleem.

Dr Massila berkata, menerusi MoU itu antara agenda lain yang akan dijayakan adalah pertukaran staf akademik dan pelajar dalam perkembangan akademik untuk kedua-dua pihak.

"Pada masa sama, kami juga akan anjurkan aktiviti bersama seperti seminar, bengkel dan perkongsian bahan yang berkepentingan bersama.

"Kedua-dua pihak juga akan menjayakan kerjasama berkaitan pengajaran dan penyelidikan dalam bidang berkepentingan bersama," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 12 Februari 2024 @ 6:14 AM