Beauty of Joseon bakal beri penjimatan hebat sehingga 52 peratus sempena raya. - FOTO Beauty of Joseon
Beauty of Joseon bakal beri penjimatan hebat sehingga 52 peratus sempena raya. - FOTO Beauty of Joseon
Muhamad Shaifullah Tayep

Kuala Lumpur: Jenama penjagaan kulit daripada Korea, Beauty of Joseon mengadakan kempen Joseon Raya sempena 4.4 Mega Shopping Day di aplikasi Shopee.

Pelbagai promosi ditawarkan seperti potongan sehingga 40 peratus untuk semua produk, selain percuma penghantaran untuk setiap pembelian.

Beauty of Joseon turut menawarkan baucar rebat RM30 terhad untuk pembelian minimum RM100 dan rebat RM75 untuk pembelian minimum RM250.

Selain itu, Beauty of Joseon juga berkolaborasi dengan jenama lilin soya mesra alam, Lilin+ Co bagi memperkenalkan bauan lilin edisi terhad, Pine & Eucalyptus yang membawakan keindahan semula jadi ke dalam ruangan anda.

Ia mengeluarkan haruman gabungan dahan pokok pinus yang wangi bersama bau segar kayu putih yang melengkapkan suasana raya.

Pine & Eucalyptus edisi terhad daripada Beauty of Joseon x Lilin+ Co ini tidak dijual, sebaliknya boleh didapati secara percuma dengan pembelian produk Beauty of Joseon minimum RM150.

Beauty of Joseon x Lilin+ Co turut menawarkan tiga Set Raya Eksklusif sempena kempen Joseon Raya merangkumi Raya Best Seller Set, Raya Glow Set dan Raya Revive Set yang sesuai dijadikan hadiah buat yang tersayang atau dijadikan kombo bagi meningkatkan seri wajah anda ketika raya.

Rasai nikmat raya dengan Raya Best Seller Set yang menggabungkan produk penjagaan kulit terbaik dengan aroma mempersonakan daripada Lilin+ Co Pine & Eucalyptus.

Selain itu, tambah seri ketika raya dengan toner pati Ginseng dan Relief Sun yang menawarkan penghidratan dan perlindungan daripada matahari.

Raya Best Seller Set mengandungi toner pati Ginseng (150ml) dan Relief sun (50ml) yang boleh didapati pada harga RM119.

Pelanggan juga akan menerima lilin Beauty of Joseon x Lilin+ Co Pine & Eucalyptus (65g) dan dua pek krim Dynasty (1ml) secara percuma.

Image

Raya Glow Set pula mengandungi Glow Deep Serum dan Dynasty Cream yang bakal meningkatkan seri wajah dan kecerahan kulit anda ketika raya.

Glow Deep Serum dirumus dengan teliti bagi menambah dan menyegarkan cahaya semula jadi kulit anda.

Ditambah dengan Dynasty Cream, ia menawarkan penghidratan dan menambah fungsi meremajakan kulit yang tiada tandingan.

Raya Glow Set boleh didapati pada harga RM129 dan pelanggan akan turut menerima lilin Beauty of Joseon x Lilin+ Co Pine & Eucalyptus (65g) dan dua pek krim Dynasty (1ml) secara percuma.

Raya Revive Set pula mengandungi Revive Eye Serum: Ginseng + Retinal (30ml) dan Ginseng Cleansing Oil yang meremajakan dan menghidupkan semula rutin penjagaan kulit.

Revive Eye Serum berfungsi menambahkan kesegaran kulit halus di sekeliling mata, mengurangkan tanda keletihan dan meningkatkan penampilan awet muda dengan campuran Ginseng dan Retinal.

Ginseng Cleansing Oil pula mampu menanggalkan kotoran secara perlahan sambil menyuburkan kulit dengan khasiat Ginseng.

Raya Revive Set dijual pada harga RM119 dan pelanggan akan turut menerima lilin Beauty of Joseon x Lilin+ Co Pine & Eucalyptus (65g) dan dua pek krim Dynasty (1ml) secara percuma.

Beauty of Joseon turut menawarkan set promosi untuk produk terpilih buat pelanggan yang mahu penjimatan sempena raya.

Sebanyak dua Relief Sun (10ml) boleh didapati secara percuma jika pelanggan membeli satu Relief Sun (50ml) atau Matte Sun Stick pada harga RM52.

Pelanggan yang mendapatkan pek kembar Relief Sun pada harga RM100 pula akan menerima satu Relief Sun (50ml) secara percuma.

Manakala, pelanggan yang mendapatkan Ginseng Essense Toner (150ml) pada harga RM55 akan menerima Ginseng Essense Water (40ml) secara percuma.

Image

Beauty of Joseon turut menawarkan hadiah percuma berupa set eksklusif Beauty of Joseon untuk pelanggan yang berbelanja sebanyak RM100 daripada 1 hingga 7 April 2024.

Antara yang boleh direbut adalah pek eksklusif Beauty of Joseon x Lilin+ Co seperti Raya Best Seller Set, Raya Glow Set dan Raya Revive Set.

Dapatkan produk Beauty of Joseon hari ini di platform Shopee bagi meningkatkan seri wajah anda ketika raya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 29 Mac 2024 @ 12:37 PM