HADIAHKAN insan tersayang dengan edisi terhad set penjagaan wajah dan badan.
HADIAHKAN insan tersayang dengan edisi terhad set penjagaan wajah dan badan.

Kehidupan moden hari ini lebih mendedahkan kita kepada suasana sibuk, gaya hidup yang kian mencabar dan adakalanya diganggu pencemaran persekitaran, sekali gus meninggalkan kesan buruk pada kulit.

Menyedari hakikat itu, jenama produk penjagaan wajah, Murad memperkenalkan koleksi set hadiah, The Beautiful Skin.

Koleksi edisi terhad itu didatangkan dalam beg kosmetik rona perak atau bungkusan kotak hadiah bagi memberi sentuhan mewah kepada penerimanya.

Antara koleksi set hadiah itu ialah Beautiful Smooth Skin yang direka khas bagi memberi tumpuan kepada garis halus dan kedutan bagi membantu mengembalikan keanjalan serta kehalusan kulit.

Set ini dilengkapi dengan AHA/BHA Exfoliating Cleanser, Rapid Collagen Infusion dan Invisiblur Perfecting Shield SPF 30.

Set Beautiful Firm Skin Kit pula membantu mengurangkan kehadiran kedutan sederhana di samping melembapkan kulit bagi memiliki tekstur yang licin dan terhidrat. Ia dilengkapi dengan Intensive Age-Diffusing Serum, Renewing Eye Cream dan Renewing Cleansing Cream.

Bagi anda yang mahukan penjagaan wajah untuk mencerahkan kulit, set Beautiful Bright Skin lebih sesuai. Ia mengandungi khasiat vitamin C yang baik untuk pemulihan, memperbaiki tekstur dan mencerahkan kulit. Bagi mendapatkan kulit cerah, set Advanced Active Radiance Serum, Essential-C Day Cream SPF 30 dan Essential-C Cleanser mungkin membantu.

Selain itu, set edisi terhad Beautiful Youthful pula didatangkan untuk rutin penjagaan kulit badan bagi mendapatkan kesan yang anjal, lembut dan terhidrat. Krim tangan Rejuvenating AHA dan krim badan Collagen Support pula membantu menyegarkan tubuh bak pengalaman menenangkan ketika melakukan rawatan di spa.

Semua edisi terhad set hadiah ini boleh didapati bermula November lalu di seluruh stor jenama berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 3 Disember 2015 @ 5:01 AM