BERBUAL juga boleh memberikan daya ketenangan yang baik sama ada bersama rakan atau ahli keluarga.
BERBUAL juga boleh memberikan daya ketenangan yang baik sama ada bersama rakan atau ahli keluarga.
Lizam Ridzuan


WANITA kini semakin sofistikated dalam kehidupan seharian dalam memenuhi tuntutan kerja, aktiviti dan keluarga yang akan memberi kesan stres dan tekanan.

Sekiranya tidak dibendung ia menjadikan emosi tidak stabil dan buat yang sudah berkeluarga sudah pasti anak-anak dan suami yang akan menjadi mangsa amarah.

Namun, ada beberapa cara mudah dan sesuai dilakukan bagi mengimbangi kehidupan yang penuh tergesa-gesa ini supaya menjadi lebih tenang dan damai.

Ia boleh dilakukan dengan mudah, malah memberikan wanita lebih bersemangat dalam menjalani kehidupan seharian yang semakin mencabar.

Langkah-langkah ini boleh membantu dalam mencapai ketenangan minda dan boleh melepaskan segala kekusutan satu persatu.

1. Latihan minda boleh dilakukan dengan mengurangkan kebimbangan dan meningkatkan ketenangan dengan cuba luangkan beberapa minit setiap hari dalam keheningan, fokus pada pernafasan dan biarkan keselesaan dan keadaan itu menguasai anda.

2. Luangkan masa untuk diri sendiri dan cari aktiviti yang boleh dinikmati dan aturkan waktu untuk melakukannya seperti membaca, berekreasi, melakukan aktiviti seni atau bersenam. Ini boleh memberikan ketengan minda.

3. Senaman dan aktiviti kecergasan juga boleh membantu anda mengurangkan tekanan seperti 'brisk walk', berlari, yoga dan lain-lain bersesuaian. Pergerakan fizikal ini juga meningkatkan pengeluaran endorfin yang membantu mengembalikan 'mood' dan emosi.

LAKUKAN aktiviti yang membawa ketenangan yang lebih memfokus kepada peribadi.
LAKUKAN aktiviti yang membawa ketenangan yang lebih memfokus kepada peribadi.

4. Berbual juga boleh memberikan daya ketenangan yang baik sama ada bersama dengan rakan atau ahli keluarga selain berkongsi pandangan ia juga memberikan perpsektif yang baharu. Kongsi perasaan, idea nasihat atau sekadar bual-bual kosong bagi melepaskan bebanan emosi yang mana sokongan sosial adalah penting mencapai ketengangan minda.

5. Lakukan aktiviti yang membawa ketenangan yang lebih memfokus kepada peribadi seperti membaca buku motivasi atau agama, menulis, menyertai program sukarelawan atau memberi sumbangan tenaga atau wang ringgit mana-mana organisasi, persatuan atau komuniti.

6. Amalkan pengurusan stres dengan baik seperti menguruskan masa, menetapkan keutamaan, pelajari tanda awal stres dan mengambil langkah proaktif menguruskannnya sebelum menjadi lebih teruk dan dengan pengurusan yang baik ia membantu menjaga ketenangan minda.

7. Hindari perbandingan sosial dan wanita selalu cenderung ke arah sifat begini yang menyebabkan stres. Setiap manusia punyai laluan dan kisah kehidupan berbeza, maka lebih baik fokus kepada hala tuju dan misi sendiri kerana ia mampu mengurangkan tekanan dalam mahu menjadi yang terbaik.

PASTIKAN anda mempunyai jadual tidur yang cukup untuk berehat.
PASTIKAN anda mempunyai jadual tidur yang cukup untuk berehat.

8. Tidur yang cukup juga salah satu cara penting dalam menjaga stres, mental dan emosi yang baik. Pastikan anda mempunyai jadual tidur yang cukup untuk berehat setiap malam penting bagi ketenanan minda yang lebih sihat dan positif untuk keesokan harinya.

Semoga langkah-langkah ini dapat membantu anda mencapai ketenangan fikiran, jiwa tenang dan lebih positif dalam mengharungi segala tugasan dan aktiviti harian.

Cuba kenal pasti langkah yang mana lebih mudah dan efisien untuk anda sama ada ia membabitkan masa atau kos yang tidak membebankan adalah cara yang terbaik.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 13 Jun 2023 @ 6:30 AM