Yusliza Yakimir Abd Talib

SAKIT belakang adalah kesakitan paling biasa yang ditemui oleh pengamal perubatan. Malah menurut kajian, lebih 80 peratus orang dewasa akan mengalami sakit belakang dalam hidup mereka.

Faktor risiko yang menyebabkan sakit belakang antaranya keadaan kerja yang setempat misalnya duduk terlalu lama di hadapan komputer, kurang bersenam, berat badan berlebihan, umur dan penyakit seperti arthritis dan keadaan keradangan lain.

Kebanyakan episod kesakitan berlaku tiba-tiba dan agak merisaukan. Bagaimanapun dalam kebanyakan kes ia tidak berbahaya dan kesakitan ringan pada bahagian itu boleh diredakan dengan melakukan senaman.

Senaman kerap dan berkala adalah penting bagi mengekalkan struktur semula jadi tubuh dan melazimkan otot untuk bekerja lebih kuat.

1. MULA dengan posisi merangkak. 2. ANGKAT tangan dan kaki yang bertentangan dan tahan selama 10 saat. Ulang dengan kaki dan tangan satu lagi. Ulang senaman ini untuk 10 kali. REGANGAN BELAKANG 3. MULA dengan posisi meniarap dengan kedua-dua tangan di depan. 4. SECARA serentak, angkat badan atas dan kaki. Tahan selama 10 saat dan diulang 10 kali.

Kurang aktiviti fizikal akan menyebabkan sendi beransur-ansur kaku dan otot menjadi lemah.

Regangan dan latihan seperti aerobik boleh juga membantu mengatasi gejala dan menambah baik keadaan minda.

Juruterapi fisio, Faiezatul Aiza Zainal Abidin berkata, sakit di bahagian bawah belakang adalah masalah yang sering dialami masyarakat dunia tidak kira umur mahupun jantina.

Katanya, terapi senaman menunjukkan kesan untuk mengurangkan kesakitan, meningkatkan fungsi dan kekuatan tubuh sekiranya dilakukan secara berkala.

REGANGAN OTOT BELAKANG
REGANGAN OTOT BELAKANG

6. TOLAK bola ke depan setakat mana yang boleh tanpa mengangkat punggung. Tahan 10 saat dengan diulang 10 kali.
6. TOLAK bola ke depan setakat mana yang boleh tanpa mengangkat punggung. Tahan 10 saat dengan diulang 10 kali.

REGANGAN OTOT SISI
REGANGAN OTOT SISI

“Sakit pada bahagian bawah belakang (kawasan pinggang) berlaku biasanya kerana posisi atau postur badan yang tidak sesuai semasa melakukan aktiviti atau berada di posisi terlalu lama.

“Ini menyebabkan otot terpaksa bekerja lebih untuk menampung tulang atau posisi badan. Melakukan senaman sekurang-kurangnya tiga kali setiap minggu dan 20 minit setiap sesi antara langkah terbaik melegakan sakit belakang,” katanya.

Senaman lantai yang berimpak rendah adalah baik untuk melegakan kesakitan badan terutama di bahagian pinggang. Faiezatul Aiza menunjukkan beberapa senaman mudah yang dapat melegakan sakit belakang.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 12 Ogos 2019 @ 5:10 AM