HABIB lancar kempen GEMFEST untuk beri pengetahuan, pendedahan kepada orang ramai.
HABIB lancar kempen GEMFEST untuk beri pengetahuan, pendedahan kepada orang ramai.
BERLIAN dan batu permata berwarna yang dipamerkan.
BERLIAN dan batu permata berwarna yang dipamerkan.
Noor Nabilah Ibrahim


HABIB mengabadikan keindahan batu permata dan berlian melalui sesi perkongsian GEMFEST Masterclass sempena permulaan Kempen GEMFEST.

Menerusi perkongsian itu, HABIB ingin mewujudkan kesedaran dan memberikan pendidikan bagi memastikan batu permata diiktiraf sebagai komoditi berharga serta karya seni yang mempunyai kisah tersendiri.

Antara topik yang dibincangkan adalah latar belakang, kepelbagaian dan pengetahuan bermanfaat mengenai batu permata, batu permata berwarna dan berlian.

Pengarah Eksekutif Kumpulan HABIB, Datuk Sri Meer Habib berkata, nilai untuk batu permata semakin tinggi saban hari, begitu juga dengan minat untuk membeli dari pelanggan.

"Walaupun batu permata memperoleh permintaan yang tinggi, akan tetapi masih ada yang keliru berkenaan batu permata dan nilainya.

"Sebelum ini ramai yang membeli emas kerana emas dan berlian boleh digunakan sebagai pelaburan serta perhiasan. Bagaimanapun, kali ini ramai rakyat Malaysia ingin mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan batu permata.

"Menerusi Kempen GEMFEST ini, kita memberi pengetahuan dan pendedahan kepada semua terutama pelanggan serta rakyat Malaysia berkenaan batu permata," katanya.

Mengulas lanjut, Datuk Sri Meer berkata, Malaysia adalah negara terbaik untuk membeli barang kemas terutama batu permata berbanding negara-negara lain.

BELBAGAI jenis barang kemas batu permata dipamerkan pada sesi perkongsian GEMFEST Masterclass.
BELBAGAI jenis barang kemas batu permata dipamerkan pada sesi perkongsian GEMFEST Masterclass.

Katanya, pembelian barang kemas terutama batu permata di Malaysia adalah lebih berbaloi dan murah berbanding negara luar.

"Saya mahu mendidik orang ramai menerusi kempen GEMFEST ini supaya mereka dapat memahami dan membuat keputusan sendiri sama ada harga yang ditawarkan adalah berpatutan atau tidak.

"Kita berharap dapat melihat Malaysia sebagai sebuah negara terunggul untuk membeli barang kemas, emas, berlian dan permata bukan sahaja kepada pelanggan dalam negara malah di serata dunia supaya Malaysia dikenali sebagai sebuah negara untuk membeli barang kemas," katanya.

Kempen GEMFEST ini akan berlangsung di bilik pameran HABIB seluruh negara bermula dari 1 Jun sehingga 2 Julai ini.

Antara koleksi yang menarik perhatian adalah rantai leher gabungan Batu Safir 44 karat dan tujuh butir Batu Tanzanit seberat 12 karat serta cincin Paraiba Tourmaline.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 7 Jun 2023 @ 6:30 AM