MEMBERI kesan leher yang lebih panjang.
MEMBERI kesan leher yang lebih panjang.
Hafiz Ithnin


DALAM mengenakan busana kasual atau formal, pemilihan potongan leher baju sememangnya memberi kesan kepada penampilan seseorang.

Di pasaran fesyen terdapat pelbagai pilihan potongan leher baju yang ditawarkan selari dengan cita rasa dan trend masa kini.

Penganalisis fesyen, Faizal Hamid berkata, antara trend yang sering kita lihat serta popular di pentas peragaan antarabangsa adalah pemakaian kemeja-Tatau 'sweater' dengan potongan atau garis leher bentuk V.

Katanya, ia sememangnya adalah pilihan yang cukup versatil. Menerusipadanan yang betul ia boleh digayakan untuk acara kasual atau formal.

"Jika anda mahu kelihatan kurus atau seperti kehilangan berat badan, saya cadangkan anda memilih kemeja-T, 'sweater'atau tops dengan potongan atau garis leher bentuk V.

"Berbanding dengan potongan leher yang lain, sememangnya potongan atau garis leher bentuk V adalah lebih memikat dandapat menyerlahkan personaliti anda," katanya.

Sekali gus ia juga menambah definisi pada wajah dan bahagian atas badan anda. Ia juga keperluan asas yang ringkas dan mudah tetapi seksi. Rekaan pakaian dengan potongan leher bentuk V cukup chic dan trendy.

"Pilihlah rekaan dengan potongan atau garis leher bentuk V dalam rona yang versatile iaitu rona neutral polos seperti hitam, puith atau krim, perang atau kelabu cukup senang senang disuai padan dengan semua pakaian dan aksesori kita.

BAJU t polos dengan leher potongan V antara yang boleh digayakan.
BAJU t polos dengan leher potongan V antara yang boleh digayakan.

"Untuk kelainan cuba berekperimentasi dengan rekaan pola baju yang berbeza dalam rona merah, ungu, biru, hijau, kuning dan sebagainya. Pasti anda menarik perhatian orang yang melihat," katanya.

Keistimewaan potongan atau garis leher bentuk V kerana:

1.

Ia memberikan ilusi yang melangsingkan. Cukup sesuai jika anda tergolong dalam kategori mereka yang mempunyai anatomi sedikit berat pada bahagian atas badan (heavy upper torso), atau pinggang yang pendek (short waist) atau tebal (thick waist).

2. Memberikan ilusi leher yang feminin, menarik danjinjang.

3. Potongan atau garis leher-V memberikan penekanan pada wajah si pemakainya. Sememangnya ini adalah sesuatu yang positif pada kebanyakan orang.

4. Memberikan ilusi bentuk wajah yang lebih tirus atau runcing. Terutamanya jika anda punyai bentuk wajah bulat atau lebar atau empat segi .

5. Ia dapat memberikan ilusi dada yang menarik.

6. Ia sesuai dipakai pada semua bentuk badan wanita.

7. Untuk lebih menarik, gayakan 'sweater' potongan leher bentuk V dengan kemeja putih untuk gaya ke pejabat atau acara formal. Mungkin boleh juga padankan kemeja-Tpotongan leher bentuk V anda dengan cardigan 'sweater' untuk gaya kasual yang hebat.

8. Di persada antarabangsa, 'sweater'leher bentuk V potongan klasik rona kelabu, hitam atau putih dalam fabrik Kasmir sentiasa menjadi pilihan mereka yang bergaya.

9. Kemeja-Tpotongan leher bentuk V dalam pelbagai variasi warna serta reka corak juga adalah cara yang paling murah dan mudah bagi wanita untuk menukar gaya mereka tanpa berbelanja lebih serta tidak begitu drastik. Ikon seperti Victoria Bekham cukup sinonim dengan gaya yang bersahaja ini. Contoh penggayaan, jika anda mahukan gaya kasual tetapi trendy, kemeja-Tpotongan leher bentuk V memenuhi kriteria ini.

Untuk gaya kasual dengan sedikit sentuhan formal, padankan ia sama ada dengan blazer ataupun jaket kulit.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 19 Mac 2022 @ 6:02 AM