SAKIT tekak boleh mendatangkan rasa kurang selesa.
SAKIT tekak boleh mendatangkan rasa kurang selesa.
Nurul Husna Mahmud


SAKIT tekak mungkin gejala yang biasa dihadapi semua golongan tidak kira dewasa atau kanak-kanak.Biasanya gejala ini boleh datang dengan 'pakej' penyakit lain seperti bersin dan batuk atau demam selesema.

Apatah lagi dalam cuaca yang tidak menentu terutama panas dan kemudian duduk dalam bilik mempunyai penghawa dingin antara punca tercetusnya gejala tidak selesa itu.

Namun demikian terdapat juga gejala sakit tekak yang lebih serius termasukmembabitkan jangkitan bakteria kumpulan A Streptococci yang biasa ditemui dalam saluran tekak.

Biasanya masalah tekak ini dipanggilJangkitan Saluran Pernasafan Akut (ARIs)iaitu membabitkankira-kira 15 hingga30 peratuskes dalam kalangan kanak-kanak. Ia antara satu-satunya bentuk jangkitan tekak yang biasa di mana rawatan antibiotik diperlukan.

Sakit tekak adalah jangkitan bakteria yang biasanya disusuli demam panas dan rasa sakit badan. Mereka yang menghadapi sakit tekak ini akan rasa tidak selesa ketika menelan makanan selain ada ketika rasa sakit di bahagian perut disusuli rasa loya dan muntah.

Tidak semua pesakit mengalamigejalayang teruk secara keseluruhan dan dalam banyak kes,gejalaadalah ringan sertatidak ketara.

GEJALA sakit tekak biasanya dialami ketika demam selesema.
GEJALA sakit tekak biasanya dialami ketika demam selesema.

Gejala lain yang boleh dilihat bagi mereka yang mengalami sakit tekak akibat jangkitan bakteria ialah kesan kepada pada mulut.

Antara tanda yanglebih ketara ialah kemerahan dan bintikpada lelangit serta bengkak pada anak tekak. Gejala mungkin berbeza bagi setiap individu.

Bagi rawatan sakit tekak akibat bakteria, selalunya menggunakan terapipenicillin dan penicillin semi sintetik, ampicillin dan amoxicillin digunakan. Penggunaan erythromycinpula biasanya diberikan kepada mereka yang alah dengan antibiotik penicilin.

Sementara itu bagi rawatan tekak biasa, pengambilan ubat paracetamol sebagai rawatan efektif dan selamat.

Selain itu juga pengambilan ubat kemam (Lozenges) dan ubat kumur tekak boleh melegakan rasa tidak selesa.

JANGKITAN bakteria menyebabkan komplikasi lebih teruk termasuklah bintik merah pada anak tekak dan lelangit.
JANGKITAN bakteria menyebabkan komplikasi lebih teruk termasuklah bintik merah pada anak tekak dan lelangit.

Selain penggunaan antibiotik dan ubat oral, terdapat juga amalan tradisi dalam masyarakat menerusi penggunaan herba serta bahan semula jadi bagi melegakan sakit tekak.

Berikut antara minuman yang boleh membantu melegakan sakit tekak:

MADU disediakan bersama lemon untuk melegakan sakit tekak.
MADU disediakan bersama lemon untuk melegakan sakit tekak.

1.Madu

Madu adalah penawar yang disarankan Pertubuhan Kesihatan Dunia bagi melegakan tekak untuk golongan dewasa dan kanak-kanak berusia setahun dan ke atas.

Meskipun tiada kajian jelas mengenai madu dengan rawatan tekak, namun kebaikan menyembuhkan luka dan anti bakteria antara fungsi bahan itu sebagai penyembuh sakit tekak.

Cadangan penyediaan ialah campurkan tiga sudu besar madu ke dalam segelas air suam. Kemudian tambah tiga hirisan lemon untuk bantu berikan profil rasa yang menarik selain dapat melegakan tekak. Boleh diambil setiap awal pagi atau sebelum tidur untuk kesan yang lebih baik.

AIR asam jawa antara penawar mudah di rumah.
AIR asam jawa antara penawar mudah di rumah.

2.Asam Jawa

Asam jawa kerap digunakan dalam masakan. Namun begitu ia juga kerap digunakan sebagai rawatan kepada penyakit berkait dengan gejala demam.Salah satunya ialah sakit tekak kerana ia dikatakan mampu mengurangkan kepanasan dalam badan.

Penyediaan untuk sajian air asam jawa juga mudah. Sediakan segelas air suam dan tiga sudu besar asam jawa sertagula batu secukup rasa.

CAMPURAN selasih dan tembikai iaitu kesan menyejukkan pada mereka yang mengalami sakit tekak.
CAMPURAN selasih dan tembikai iaitu kesan menyejukkan pada mereka yang mengalami sakit tekak.

3.Biji selasih bersama tembikai

Biji selasih dikatakan boleh memberi manfaat iaitu melegakan tekak selain cukup baik buat mereka yang mengalami dehidrasi.Ditambah pula sebagai ramuan tambahan dalam jus, ia memberi kesan baik bagi menyejukkan badan.

Cara penyediaan ialah kisar tembikai sehingga menjadi jus dan dalam gelas berasingan sediakan air suam sedia direndam dengan selasih. Kemudian campurkan kedua-dua

bahan dan sedia untuk diminum.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 3 Julai 2021 @ 6:10 AM