GIGITAN kucing boleh memberi kesan kepada kesihatan manusia.
GIGITAN kucing boleh memberi kesan kepada kesihatan manusia.
Hafiz Ithnin

KUCING antara yang biasa menjadi pilihan ramai untuk dijadikan haiwan kesayangan kerana ia mempunyai sifat mesra dengan manusia.

Namun, sebagai pemilik sudah pasti kita perlu mengetahui mengenai isu kesihatan haiwan berkenaan terutama jika ia mampu menjangkiti manusia.

Pengasas Klinik Haiwan dan Surgeri Kitty's Care, Dr Muhammad Naim Md Kasim berkata, penyakit zoonotik adalah penyakit bawaan haiwan yang boleh menjangkiti manusia.

"Jangkitan ini memberi kesan kepada kesihatan kita. Kebiasaannya penyakit ini memberi kesan yang lebih teruk kepada golongan kanak-kanak, warga emas dan pesakit yang mempunyai imun rendah.

"Penyakit zoonotik ini boleh terdiri daripada jenis bakteria, kulat dan parasit. Jadi, sebagai pemilik kita perlu peka dengan masalah kesihatan haiwan ini kerana ia berkemungkinan boleh memberi kesan kepada kesihatan manusia," katanya.

Justeru, Dr Muhammad Naim berkongsikan beberapa penyakit zoonotik:

KEADAAN kesihatan kucing perlu diberi perhatian supaya tidak menjangkiti manusia.
KEADAAN kesihatan kucing perlu diberi perhatian supaya tidak menjangkiti manusia.

1. Penyakit cakaran kucing

Berpunca daripada bakteria bartonella henselae. Dijangkiti selepas dicakar, digigit kucing yang dijangkiti bakteria ini.

Gejala:

- Luka (melepuh, benjolan) antara tiga hingga 10 hari selepas jangkitan.

- Demam, sakit kepala

- Kelenjar limfa membengkak sama ada berhampiran kawasan cakaran atau gigitan (berlaku sehari hingga empat minggu selepas jangkitan).

- Hilang selera makan.

- Sakit tekak.

- Berat badan menurun

Gejala lebih teruk boleh berlaku dalam kalangan pesakit yang rendah sistem imuniti badan seperti kanak-kanak, orang tua dan pesakit kronik lain.

Bagaimana kucing boleh dpat penyakit ini?

Kebiasaannya kucing dapat penyakit ini dari kutu, bergaduh dengan kucing lain atau melalui pemindahan darah.

Cara untuk mengelakkan kucing kita dari dijangkiti penyakit ini adalah:

1) Pelihara kucing 'indoor' di dalam rumah.

2) Pastikan kawalan kutu dijalankan dengan rapi.

3) jika kucing yang kita tidak pasti status ubat kutu dan sejarah kesihatan elakkan daripada terkena cakaran dan gigitan (gunakan cara pengurusan kucing yang lebih rapi).

RINGWORM yang mampu dilihat di bawah wood lamp.
RINGWORM yang mampu dilihat di bawah wood lamp.

2 Sporpthricosis

Penyakit ini adalah dari kategori kulat, nama kulat itu adalah sprothrix.

Boleh berjangkit kepada manusia melalui cakaran kucing yang mempunyai gejala sporothricosis.

Tanda-tanda klinikal pada kucing yang mempunyai sporothricosis adalah banyak luka di badan dan berlaku penambahan luka secara mendadak di atas kucing itu.

Cara kenal pasti penyakit ini pada kucing adalah melalui pemeriksaan mikroskop dan lihat kewujudan sporo (spora) kulat ini.

Rawatan pada kucing adalah memberi ubat kulat sehingga kucing sembuh daripada luka.

Sering kali rawatan ubat fungus ini diberikan beberapa minggu selepas luka kucing sembuh supaya semua spora ini hilang sepenuhnya.

Tanda klinikal pada manusia adalah benjolan yang gatal dan kadang-kala berdarah.

Jika terkena cakaran dari kucing sporothricosis anda perlu memberi maklumat ini kepada doktor yang sedang merawat anda.

Cara mengelakkan penyakit ini adalah, segera dibawa berjumpa doktor vaterinar untuk dignos kucing anda jika ada penyakit ini.

Jika positif sporothricosis elakkan daripada memegang kucing itu dan cuba urus kucing secara minimal akan tetapi menjaga semua kebajikannya.

Bagaimana kucing boleh dapat penyakit ini?

Selalunya daripada cakaran kucing yang mempunyai penyakitsprothricosis

KUCING yang mempunyai Sporpthricosis.
KUCING yang mempunyai Sporpthricosis.

3.Ringworm

Ringworm seperti nama diberi ia sentiasa berbentuk bulat dan kemerahan.

Sangat gatal dan pada kucing kita dapat lihat tompok-tompok bulu yang hilang.

Perlu dibawa ke doktor veterinar untuk diperiksa.

Gejala pada manusia sama seperti pada kucing.

Cara untuk mengelakkannya pastikan kucing kita tiada masalah ringworm jika sudah dijangkiti asingkan kucing itun dan beri rawatan seperti dicadangkan doktor veterinar sehingga sembuh sebelum kembalikan kucing kita kepada rutin asal.

Bagaimana kucing boleh kena?

1) Selalunya apabila berlaku kontak rapat antara kucing yang mempunyai masalah ringworm.

2) Keadaan persekitaran kucing selalu lembap menyebabkan mudah terkena jangkitan kulat.

4.Kecacingan

Masalah kecacingan daripada kucing kita boleh berjangkit kepada manusia terutamanya kanak-kanak.

Perkara ini berlaku apabila pengurusan kucing tidak dilakukan dengan betul.

Pemberian ubat cacing secara kerap perlu diberikan kepada kucing kita untuk mengelakkan masalah ini daripada berlaku.

Selain itu, cuci tangan dan menjaga kebersihan diri juga amat penting bagi mengurangkan risiko penyakit ini.

Gejala pada kucing?

cirit-birit dan berak berdarah

Kurus, hilang selera makan

Kelihatan cacing di najis atau di lubang dubur

Bulu kelihatan kusam

Kucing tidak aktif

Bagaimana kucing boleh terkena?

Kucing berjalan di atas pasir yang mempunyai telur cacing

Dari ibu kucing yang mempunyai masalah kecacingan

Makanan mentah dan makanan yang tidak diproses dengan sempurna.

Terkena jangkitan daripada kucing lain yang sedia ada masalah kecacingan melalui fecal oral route (najis termasuk ke mulut kucing).

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 17 November 2021 @ 6:30 AM