REKAAN elegan dan selesa untuk lelaki mahupun wanita gayakan pada pagi lebaran.
REKAAN elegan dan selesa untuk lelaki mahupun wanita gayakan pada pagi lebaran.
Fairul Asmaini Mohd Pilus

asmaini@nstp. com. my

AIDILFITRI bakal tiba tidak lama lagi dan pastinya ramai yang sudah membuat persiapan untuk menyambutnya dengan penuh kesyukuran.

Meskipun negara masih lagi dalam pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) namun sambutan Aidilfitri masih boleh diraikan dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Selain menghias rumah dan sajian juadah enak, memakai pakaian baharu antara tradisi masyarakat di negara ini setiap kali meraikan kehadiran 1 Syawal.

Justeru, bagi meraikan lagi sambutan Aidilfitri kali ini, Uniqlo tampil dengan koleksi pakaian menarik untuk lelaki dan wanita.

Koleksi elegan yang bertemakan Syukur Untuk Setiap Detik itu dihasilkan daripada fabrik kapas, rayon dan jersi regangan untuk memberi keselesaan maksimum kepada pemakai.

Ia hadir dalam pelbagai pilihan rekaan untuk lelaki serta wanita dan sudah pun berada di pasaran.

Tumpuan utama untuk koleksi lelaki adalah rekaan baju Melayu Dry Easy Care yang direka dengan kolar tanpa lengan, kolar tegak dan baju bermotif batik.

KOLEKSI Aidilfitri menarik untuk lelaki dan wanita daripada Uniqlo.
KOLEKSI Aidilfitri menarik untuk lelaki dan wanita daripada Uniqlo.

Selain turut dihasilkan daripada fabrik jersi meregang yang bukan sahaja memberikan kelembutan dan keselesaan malah menjadi padanan yang memikat untuk pemakainya.

Baju Melayu itu dapat mengeringkan peluh dengan cepat untuk keselesaan yang berpanjangan serta tahan kedut.

Koleksi baju bermotifkan batik pula diperbuat daripada kain kapas halus yang lembut dan selesa.

Pelbagai motif dan warna batik menarik boleh dimiliki serta mudah untuk disuai padan dengan celana ringkas bagi menyerlahkan lagi gaya santai si jejaka.

Untuk wanita, Uniqlo kali ini turut menawarkan pelbagai pilihan rekaan pakaian batik menarik yang sesuai digayakan pada pagi lebaran nanti.

Antaranya, blaus lengan panjang dengan rekaan kolar tegak dan skirt labuh dalam corak cetakan menarik.

Koleksi berkenaan hadir dalam pelbagai warna bagi memastikan ia mudah untuk wanita gayakan pada Aidilfitri.

Selain itu, koleksi rayon tunik juga menarik untuk digayakan kerana ia bukan sahaja selesa malah menyerlahkan lagi gaya feminin pemakai.

PENAMPILAN ringkas yang selesa.
PENAMPILAN ringkas yang selesa.

Sementara itu, sempena Aidilfitri, Uniqlo turut mengadakan kempen istimewa mengumpul pakaian terpakai jenama itu daripada pelanggan di kedai seluruh negara.

Inisiatif yang juga sebahagian daripada konsep Re. UNIQLO itu diadakan bagi mengumpul 10,000 pakaian untuk komuniti gelandangan dan kurang mampu di seluruh Malaysia.

Jenama berkenaan turut mendermakan 10,000 pelitup muka AIRism kepada golongan gelandangan bagi membantu mereka kekal selamat dan dilindungi.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 4 Mei 2021 @ 7:00 AM