Fairul Asmaini Mohd Pilus

KOLEKSI pakaian LifeWear Uniqlo 2021 untuk musim bunga/panas kali ini masih kekal dengan falsafahnya iaitu menyediakan keselesaan yang bukan sahaja praktikal dari segi gaya dan tema, malah turut mengadaptasi perubahan norma baharu.

Ia secara tidak langsung memperkasakan orang ramai untuk bangkit kembali, mengatasi perubahan dan bergerak ke hadapan secara positif.

Ini kerana sejak dahulu, masyarakat bergantung kepada pakaian sebagai alat untuk kekal selesa dalam perubahan persekitaran seperti mengekalkan kehangatan ketika sejuk dan kekal nyaman ketika cuaca panas.

Masyarakat hari ini pula mahu pakaian mereka berfungsi dan praktikal pada masa sama, menolong menterjemahkan keperibadian serta cara untuk berkomunikasi dengan orang lain.

Meskipun menjalani gaya hidup yang berbeza sejak tahun lalu namun orang ramai masih mahu bergerak, menikmati aktiviti di luar dan terus mencari jalan supaya kekal selesa sama ada untuk bekerja atau bersantai di rumah.

Namun melewati 2021, orang ramai menginginkan pakaian yang bukan sahaja membangkitkan pemikiran positif, malah membantu mereka untuk bangkit dari kesukaran dan mengatasi perubahan.

REKAAN praktikal dan fleksibel untuk wanita moden hari ini.
REKAAN praktikal dan fleksibel untuk wanita moden hari ini.

GAYA santai untuk jejaka.
GAYA santai untuk jejaka.

Dengan kata lain, orang ramai mahukan pakaian yang membuatkan mereka berasa seperti bergerak maju ke hadapan.

Justeru, koleksi LifeWear musim ini dihasilkan khusus bagi memberi peluang kepada orang ramai untuk maju dengan sihat dan positif, sesuai dengan tuntutan kehidupan moden.

Koleksi terbaharu itu hadir dalam tiga tema menarik iaitu Transitional Wear, Fresh Air & Fit dan Home yang mampu memenuhi keperluan gaya hidup masyarakat.

Peralihan yang semakin meningkat ke arah komunikasi dalam talian sedikit sebanyak turut mengubah gaya hidup dalam pelbagai cara.

Dari segi fesyen, gaya ringkas kini menjadi pilihan utama untuk rekaan bertemakan Transitional Wear kerana masyarakat lebih mementingkan keselesaan.

Di samping itu, minat yang semakin meningkat untuk membahagikan masa antara tinggal di bandar pada hari kerja dan di luar bandar pada hujung minggu juga menyebabkan ramai memilih gaya fleksibel serta mudah disesuaikan.

REKAAN selesa untuk keperluan gaya hidup aktif.
REKAAN selesa untuk keperluan gaya hidup aktif.

ANTARA rekaan terbaharu daripada Uniqlo.
ANTARA rekaan terbaharu daripada Uniqlo.

Pemilihan fabrik dan tekstur himpunan itu juga lebih ke arah gaya hidup aktif dan mudah untuk dicuci.

Dalam pada itu, himpunan pakaian bertemakan Fresh Air & Fit pula diperkenalkan memandangkan masyarakat kini lebih kerap menghabiskan banyak masa di luar bandar untuk menikmati udara dan alam sekitar yang lebih bersih.

Selain itu, aktiviti berbasikal atau berjalan Juga adalah sebahagian daripada rutin harian yang sihat bagi kebanyakan masyarakat.

Koleksi berkenaan memenuhi keperluan itu kerana ia bukan sahaja ringkas, malah mudah dipakai, sekali gus membuatkan orang ramai selesa dan seronok ketika bersenam serta menikmati kehidupan seharian mereka.

Untuk rekaan yang bertemakan Rumah (Home) pula, Uniqlo menampilkan koleksi menarik yang bukan sahaja selesa, malah menyerlahkan imej tersendiri.

Ini kerana rumah adalah tempat yang paling selesa untuk berehat dan begitu juga dengan pakaian, ia perlu memberikan keselesaan maksimum kepada pemakainya.

Selain pakaian, pelbagai aksesori menarik juga boleh dimiliki untuk menyempurnakan lagi gaya anda.

Koleksi menarik untuk lelaki dan wanita itu boleh didapati di rangkaian Uniqlo seluruh negara serta di uniqlo.com.my.

KOLEKSI yang memenuhi keperluan gaya hidup masyarakat.
KOLEKSI yang memenuhi keperluan gaya hidup masyarakat.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 6 April 2021 @ 7:01 AM