EMOSI seperti takut, sedih, murung, marah dan dendam antara impak boleh berlaku dalam diri mangsa.
EMOSI seperti takut, sedih, murung, marah dan dendam antara impak boleh berlaku dalam diri mangsa.
Nurul Husna Mahmud

Insiden bermula dengan provokasi iaitu menggunakan kelemahan individu dengan niat untuk menyakitkan hati atau menyindir boleh dikatakan salah satu ciri buli yang tidak nampak pada mata tetapi cukup memberi kesan mendalam terhadap emosi dan psikologi mangsa.

Buli pada sangkaan ramai adalah sikap 'keanak-anakan' itu sebenarnya boleh terjadi pada sesiapa saja tidak mengira peringkat umur, latar belakang mahupun persekitaran.

Impak paling besar apabila pengakhiran kepada perlakuan buli berakhir dengan insiden kehilangan nyawa sedangkan boleh diatasi andai ada usaha pencegahan di peringkat awal lagi.

Kaunselor Berdaftar dan Pakar Motivasi Hushim Salleh menyifatkan masalah buli sudah sekian lama berlaku dalam masyarakat.

Malah pengamatannya, isu ini tiada pengakhiran apabila aspek penting iaitu ciri-ciri 'resilience' tidak dimiliki mangsa disebabkan pembinaan kekuatan dalaman terutama emosi tidak bersedia untuk tangani isu itu.

"Seriusnya buli ini adalah pada emosi dan psikologi apabila 'mangsa' memendam perasaan mereka terlalu lama atas faktor takut untuk berkongsi boleh menjadi dendam atau murung dan sebagainya.

"Apabila tidak dirawat bertahun-tahun ia boleh membina konflik dalam diri individu yang mana 'unresolved feeling' atau 'unsettling business' bertukar menjadi masalah psikologi seperti trauma atau dendam.

Selain menjadikan orang terdekat seperti isteri, anak-anak atau cucu sebagai tempat melepaskan perasaan mereka.

"Saya sendiri pernah ada klien berumur 73 tahun minta bantuan sebab ketika di tingkatan dua dahulu pernah menjadi mangsa buli seksual iaitu diliwat tujuh rakannya ketika dalam perjalanan ke tempat tuisyen.

"Dia mengakui masih trauma dan takut apabila mengingatkan hal itu meskipun sudah bertahun lamanya. Ini memberi gambaran pada saya impak buli ini cukup besar dan boleh memberi kesan berpanjangan," katanya.

 MENINGKATKAN  skil komunikasi sangat penting dalam menangani buli.
MENINGKATKAN skil komunikasi sangat penting dalam menangani buli.

Seriusnya tahap buli berlaku dalam masyarakat, kata Hushim, satu demi satu insiden berpunca daripada sikap buli menyaksikan pengakhiran menyakitkan.

"Buli tidak hanya berlaku dengan fizikal atau pukul. Sebenarnya 'mulut' adalah senjata paling bahaya yang mana menyerang kelemahan atau kekurangan individu.

"Saya merujuk satu impak lain ketika ini dalam pemerhatian iaitu mangsa membabitkan pelajar berusia 9 tahun baharu sahaja berpindah ke Pontian diejek 'berlagak,' 'lupa daratan,' 'orang Melayu lupa,' 'tidak tahu cakap Melayu' dan banyak lagi oleh rakan sebaya termasuklah segelintir guru.

TIDAK mahu ke sekolah tanda ketara mereka dibuli.
TIDAK mahu ke sekolah tanda ketara mereka dibuli.

"Sedangkan dia dahulu bersekolah di bandar menggunakan bahasa perantara bahasa Inggeris dan mempunyai kefasihan baik dalam bahasa itu. Semua itu membuatkan dia tertekan dan tidak lagi berminat untuk pergi sekolah kerana tidak tahan diejek oleh pihak sekolah.

"Tanda awal seperti perubahan tingkah laku anak tadi ceria kepada murung dan rasa sedih lalu malas hendak ke sekolah pada saya itu boleh dikesan ibu bapa dan sebaiknya mendapatkan sokongan kaunselor berdaftar untuk bantu anak ini," katanya.

Justeru, pihaknya melihat peranan dimainkan seawal peringkat di rumah iaitu ibu bapa perlu peka dengan keadaan anak dan tingkatkan komunikasi untuk mengesan anak mereka dibuli.

"Biasanya mangsa buli tidak akan bercerita dan itu hanya diketahui menerusi sikap seperti mereka malas atau berat hati untuk ke sekolah. Ibu bapa perlu banyak berkomunikasi untuk tahu masalah anak.

"Kemudian ibu bapa perlu kenali rakan anak-anak kerana pada usia seawal kanak-kanak sehinggalah remaja, 80 peratus sistem sokongan sosial adalah rakan.

SEKOLAH, tempat kerja mahupun di rumah boleh berlaku buli.
SEKOLAH, tempat kerja mahupun di rumah boleh berlaku buli.

"Di peringkat sekolah ialah pembabitan semua guru kena ada ilmu dan skil untuk kendali masalah buli selain tidak meletakkan seluruh tanggungjawab kepada kaunselor mahupun guru disiplin semata-mata," katanya.

Turut menjelaskan keberkesanan dalam menangani isu ini dapat diatasi jika ada tindakan proaktif termasuk mengadakan modul khusus di peringkat pelajar, guru dan ibu bapa.

"Saya sebenarnya sudah lama panjangkan isu ini dan cadangan supaya kurikulum pendidikan sedia ada perlu ada penambahbaikan dengan mewujudkan modul khas untuk buli.

"Meskipun sudah ada pengajian agama, moral dan sivik itu masih tidak dapat untuk membantu masyarakat terutama pelajar mempunyai skil komunikasi dalam menangani isu buli.

"Kemahiran komunikasi termasuklah bersikap asertif setiap kali menerima provokasi amat jarang berlaku sebaliknya menjadi konfrontasi sehingga berlakunya kontak fizikal," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 6 November 2020 @ 7:00 AM