SUDU boleh jadi alat terapi mata ‘panda’.
SUDU boleh jadi alat terapi mata ‘panda’.
Nurul Husna Mahmud


MATA 'panda' atau keadaan bengkak bawah mata dengan kesan hitam berpunca daripada pelbagai faktor dari tidur tidak cukup ataupun selepas bekerja berjam-jam di depan komputer sehinggalah kepada perubahan hormon ketika haid.

Biar apa pun puncanya, gejala itu boleh mempengaruhi tumpuan terutama dalam kalangan wanita apabila perlu keluar bekerja mahupun bersosial.

Mengenai bengkak bawah mata, Pakar Oftalmoloji Biniamin Shalev menerangkan dua kondisi bengkak bawah mata.

Salah satunya boleh diatasi dengan mudah yang berpunca daripada tisu berbanding masalah lebih serius disebabkan komplikasi lain seperti peningkatan jumlah sel lemak bawah mata, ia kekal dan tidak akan hilang pada waktu pagi atau petang.

Disebabkan mata adalah fokus bagi kebanyakan orang apabila bersemuka dan memandang antara satu sama lain, tip cantik kali ini ingin berkongsi lima kaedah membantu masalah bengkak bawah mata berpunca daripada masalah tisu.

TIMUN bagus digunakan untuk rawat kulit bawah mata.
TIMUN bagus digunakan untuk rawat kulit bawah mata.

1. Percikan air sejuk

Bersihkan bahagian bawah mata dengan air sejuk. Ia dikatakan memban

tu memberi 'kejutan' mengembalikan peredaran bendalir dengan lancar dan mengelakkan bengkak berlaku.

Namun jangan pula menggunakan air sejuk terlalu lama pada kulit sekitar mata lebih dari beberapa saat.

2. Penggunaan sudu merawat 'beg' mata

Uniknya terapi ini digunakan secara meluas di China, Korea mahupun Jepun.

Langkah mudah apabila mengenakan sudu pada kelopak mata boleh mengurangkan kadar bengkak.

Boleh lakukan dalam dua cara iaitu:

I. Sejukkan sudu terlebih dahulu dalam peti ais. Sebaiknya gunakan lebih enam sudu bagi memudahkan urusan ganti apabila sudu tidak lagi sejuk.

II. Letakkan empat sudu dalam

mangkuk ais. Apabila sudu mencapai suhu tertentu, letakkan pada kelopak mata. Gantikan sudu dipakai dengan sudu terendam.

3. Atasi dengan uncang teh

Rendam uncang dalam air sejuk dan perah sebelum diletakkan pada kelopak mata tertutup.

Pilihan teh sebaiknya gunakan teh hitam, Chamomile atau beg teh hijau.

Kafein dalam teh membantu 'mencerut' saluran darah untuk mengurangkan bengkak di sekitar mata manakala anti-kerengsaan dalam teh herba mengurangkan kemerahan dan keradangan.

Celup lagi dalam air sejuk dan ulangi langkah sebaiknya dalam 30 minit bagi mendapat kesan lebih baik.

PERCIKAN air sejuk untuk bantu pengaliran bendalir bawah mata.
PERCIKAN air sejuk untuk bantu pengaliran bendalir bawah mata.

4. Putih telur bantu tegangkan kulit

Penuaan tidak boleh disekat melainkan mengurangkan kesan itu dengan merapi kulit dengan petua tertentu termasuk putih telur.

Kaedahnya ambil telur dan asingkan bahagian putih dalam mangkuk. Pukul putih telur tadi sehingga bertekstur ringan dan gebu.

Sapu pada bahagian bawah mata dan biar 15 hingga 20 minit sebelum basuh dengan air sejuk.

5. Hirisan timun untuk tenangkan mata.

Hiris timun sehingga boleh menutup kelopak mata. Letakkan dalam peti ais dan keluarkan untuk dipakai pada mata.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 29 Ogos 2020 @ 6:47 AM