REKAAN rumah Urban Twinhomes yang luas dan selesa.
REKAAN rumah Urban Twinhomes yang luas dan selesa.
Fairul Asmaini Mohd Pilus


SIME Darby Property Berhad melancarkan dua kediaman konsep baharu di Bandar Elmina, sekali gus membuktikan syarikat itu komited memberikan apa yang dikehendaki pasaran.

Sebelum ini, semua 69 rumah Lifestyle Homes dan 62 unit Urban Twinhomes Ilham Residence 3 (Peringkat 1) habis terjual pada pratonton yang diadakan.

Sambutan itu menunjukkan minat yang mendalam pembeli rumah terhadap perumahan presint berpagar dan mempunyai kawalan keselamatan dalam kejiranan Elmina East yang eksklusif.

Menurut Ketua Pegawai Pemasaran dan Jualannya, Datuk Lai Shu Wei, sambutan hangat itu adalah bukti kepercayaan pembeli rumah terhadap jenama syarikat berkenaan dalam memenuhi keperluan masyarakat.

"Kami gembira kerana produk Ilham Residence 3 yang baharu diperkenalkan diterima dengan baik, ia menunjukkan bahawa City of Elmina adalah alamat yang mesti ada.

"Sebagai perintis pemaju hartanah, kami akan terus memanfaatkan lokasi strategik untuk menyediakan rumah dengan reka bentuk yang disusun rapi, susun atur praktikal dan kemudahan terbaik di kejiranan yang bagus.

"Ia selaras dengan matlamat utama kami iaitu untuk menjadi Pengganda Nilai kepada Orang Ramai, Perniagaan, Ekonomi dan Planet," katanya.

UNIT Lifestyle Homes sesuai untuk keluarga yang sedang berkembang.
UNIT Lifestyle Homes sesuai untuk keluarga yang sedang berkembang.

Unit dua tingkat 20' x 70' rumah Lifestyle Homes memiliki empat bilik tidur dan empat bilik mandi dengan keluasan binaan bermula dari 1,944 kaki persegi.

Berharga dari RM901,888, ia sesuai bagi keluarga yang sedang berkembang untuk memiliki ruang tamu lebih besar di mana dapur, ruang tamu dan ruang makan disambungkan sebagai satu ruang besar. Ia juga membolehkan pembeli lebih fleksibel dalam merancang keperluan gaya hidup mereka.

Manakala unit Urban Twinhomes serba baharu pula seluas 36' x 70' dan ia berkonsepkan rumah setingkat bagi memberikan lebih ruang untuk bergerak, keterlihatan dan kemudahan kepada pemiliknya.

Dengan keluasan binaan dari 1,150 kaki persegi dan harga bermula dari RM582,888, unit itu mendapat perhatian hangat dalam kalangan pembeli rumah.

PERUMAHAN yang direka untuk kehidupan multi generasi dalam komuniti hijau.
PERUMAHAN yang direka untuk kehidupan multi generasi dalam komuniti hijau.

Selain itu, penduduk kawasan perbandaran berkenaan akan dapat menikmati lebih 20 kemudahan yang disediakan termasuk taman permainan yang diinspirasikan rumah bangsal unik, dewan serba guna, kemudahan kecergasan dan kesihatan seperti rumput tai chi serta laluan refleksologi.

Penduduk juga boleh melepaskan diri dari kesibukan harian dengan aktiviti berjoging atau berbasikal di sepanjang Tasik Berkembar Elmina dan Taman Hidupan Liar Elmina.

Untuk menambah ketenangan fikiran, kawasan perumahan itu turut dilengkapi sistem keselamatan yang komprehensif dengan pemantauan 24 jam serta kelengkapan tandatangan seperti bungkusan dan kotak surat bersepadu, salur kuasa kalis cuaca dan internet berkelajuan tinggi percuma selama setahun.

Bagi menggalakkan kehidupan lestari pula, setiap rumah dilengkapi dengan panel PV solar (2kW) yang berfungsi untuk mengurangkan jejak karbon dan meningkatkan penjimatan elektrik.

PENDUDUK boleh beriadah di kawasan riadah yang disediakan.
PENDUDUK boleh beriadah di kawasan riadah yang disediakan.

Kawasan perbandaran itu juga mudah diakses melalui Lebuhraya Guthrie Corridor (GCE), Lebuhraya Damansara-Shah Alam (Dash), Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (Latar), Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) dan Lebuhraya Utara-Selatan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 21 April 2023 @ 6:30 AM