FASA kedua MIRAI Residences, pangsapuri perkhidmatan berskala besar dijangka siap pada September 2024.
FASA kedua MIRAI Residences, pangsapuri perkhidmatan berskala besar dijangka siap pada September 2024.
Fairul Asmaini Mohd Pilus


MKH Berhad (MKH) dan Panasonic Homes Malaysia Sdn Bhd (Panasonic Homes Malaysia), anak syarikat milik penuh Panasonic Homes Group bakal melancarkan blok baharu MIRAI Residences yang memiliki sebanyak 384 unit kediaman.

Jualan fasa pertama dilancarkan hujung September lalu membabitkan 748 unit kediaman.

Meskipun aktiviti jualan agak terhad akibat daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) namun reaksi pasaran bagi fasa pertama itu agak memberangsangkan.

Setakat Disember lalu, sebanyak 90 peratus tempahan unit sudah diterima sekali gus memberi keyakinan kepada MKH untuk melancarkan fasa kedua projek pangsapuri perkhidmatan itu.

MIRAI Residences adalah pembangunan pangsapuri perkhidmatan berskala besar gabungan pengetahuan dan teknologi oleh Panasonic Homes Malaysia di Jepun dengan MKH, sebuah syarikat yang diiktiraf mempunyai pengalaman luas dalam bidang hartanah di Malaysia.

KEDIAMAN moden yang sesuai untuk golongan bujang, pasangan muda mahupun berkeluarga.
KEDIAMAN moden yang sesuai untuk golongan bujang, pasangan muda mahupun berkeluarga.

Projek yang dijangka siap pada September 2024 itu dibangunkan di atas tanah seluas kira-kira 4.23 hektar di pusat pembangunan perbandaran bersepadu baharu, Kajang 2 di mana MKH adalah pemaju kawasan perbandaran berkenaan.

Ia hanya memerlukan tujuh minit berjalan kaki dari stesen KTM Kajang 2 yang bakal beroperasi pada April ini.

Tiga rekaan ditawarkan iaitu kediaman dua bilik tidur seluas 578 kaki persegi, kediaman tiga bilik tidur seluas 840 kaki persegi dan kediaman tiga bilik tidur seluas 931 kaki persegi.

Projek kediaman itu mempunyai lebih daripada 40 kemudahan gaya resort, eksklusif untuk bakal pemilik.

GELANGGANG bola keranjang turut disediakan.
GELANGGANG bola keranjang turut disediakan.

Antaranya gelanggang futsal, geladak meditasi, trek joging, kolam renang sepanjang 50 meter, dua bilik gimnasium, dek barbeku dan ruang tanaman yang disediakan di kawasan seluas 159,000 kaki persegi bagi membolehkan penghuni menikmati kehidupan berkualiti.

Di samping itu, setiap unit kediaman turut dilengkapi dengan teknologi Panasonic Quality Air For Life (QAFL) iaitu Sistem Ventilator Pembaikan Udara dan penyaman udara dengan teknologi nanoeTM X keluaran syarikat berkenaan yang direka khas untuk menapis udara dalaman tanpa perlu membuka tingkap.

KEMUDAHAN gaya resort yang menarik.
KEMUDAHAN gaya resort yang menarik.

Dengan penggunaan Sistem Ventilator Pembaikan Udara, suhu bilik dapat dikekalkan sambil menjimatkan tenaga.

Ini kerana kualiti udara persekitaran agak membimbangkan disebabkan pandemik Covid-19, justeru MKH mementingkan persekitaran tempat tinggal yang bukan sahaja selamat dan selesa untuk pembeli malah dapat menjimatkan tenaga.

Ia adalah projek pembangunan pangsapuri perkhidmatan yang pertama untuk Panasonic Homes Group di Malaysia selain di Indonesia dan Taiwan.

Dalam pada itu, teknologi QAFL digunakan untuk memberi pengudaraan dalaman yang lebih segar tanpa perlu membuka tingkap.

KEDIAMAN yang selesa untuk didiami.
KEDIAMAN yang selesa untuk didiami.

Sistem Ventilator Pembaikan Udara (atau Sistem Bekalan dan Penapisan Udara, bergantung kepada jenis unit) membekalkan udara ke dalam bilik selepas menghilangkan pencemaran PM2.5 yang terdapat di luar.

Menerusi teknologi itu, proses pertukaran haba dan kelembapan antara udara panas luar serta udara dalaman yang disejukkan oleh penghawa dingin tanpa bercampur.

Dengan adanya proses itu juga, udara luar yang disalurkan akan disejukkan dan dikeringkan sebelum memasuki ruang unit, secara tidak langsung turut meningkatkan prestasi penjimatan tenaga pendingin hawa.

Selain itu, masalah kulat juga dapat dielakkan kerana udara luar yang masuk sudah ditapis.

Lebih istimewa, setiap unit kediaman juga dilengkapi dengan dua unit pendingin hawa yang menggunakan teknologi nanoeTM X dan penggunaan zarah air halus bercas.

Ia dapat membantu menghalang virus dan menyahbauan udara untuk meningkatkan kualiti udara dalaman.

Sementara itu, pembangunan projek kediaman yang berskala besar membabitkan empat blok pangsapuri perkhidmatan dengan keseluruhan 1,496 unit kediaman itu juga memiliki akses mudah ke kawasan lain di Lembah Klang.

Apa yang pasti, kediaman MIRAI Residences sesuai untuk dimiliki kerana ia menyediakan ruang yang selesa untuk penghuninya sama ada untuk si bujang, pasangan muda atau berkeluarga.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 9 April 2021 @ 7:00 AM