KARGO untuk muatan.
KARGO untuk muatan.
TRAK pikap terkini daripada Peugeot.
TRAK pikap terkini daripada Peugeot.
Lizam Ridzuan


SEAWAL 1938, jenama kenderaan Peugeot sudah mula menawarkan kenderaan bagi tujuan komersial menerusi model Peugeot 202.

Selepas Perang Dunia Kedua, ia diteruskan dengan model 203, 403 dan 404.

Sehinggalah pada 1979, diperkenalkan pula trak pikap Peugeot 504. Sebanyak 375,000 unit bagi model ini dipasarkan.

Terkini, Peugeot Landtrek Serba Baharu diperkenalkan ke pasaran global pada 2020 sebagai trak pikap saiz pertengahan.

Ia yang bercirikan moden sesuai bagi kegunaan dalam bandar atau lasak.

Ia turut memasuki pasaran tempatan baru-baru ini malah mengetengahkan teknologi termaju serta ciri pemanduan seakan-akan kenderaan utiliti sukan (SUV).

Bagi ciri luaran, trak pikap ini tampil dengan karakter dan signatur Peugeot seperti gril menegak, logo singa Peugeot, lampu utama LED serta rim aloi bersaiz 18 inci.

RUANG kabin gaya SUV.
RUANG kabin gaya SUV.

Ruang kabinnya pula elegan dan selesa dengan sistem infotainmen bersaiz 10 inci definisi tinggi (HD) dengan keterhubungan Apple Carplay dan Android Auto.

Penyaman udara dwizona, butang fungsi gaya piano, kerusi balutan kulit serta dilengkapi larasan elektrik turut menjadikan ruang kabinnya selesa, lebih-lebih lagi untuk perjalanan jauh.

Selain bercirikan ISOFIX, kerusi belakang juga boleh direbah sepenuhnya malah ia boleh menampung beban sehingga 100 kilogram.

SISTEM mod agihan kuasa roda.
SISTEM mod agihan kuasa roda.

Peugeot Landtrek dijana enjin 1.9 liter diesel turbo dengan 150 kuasa kuda (hp) pada 4,000 rpm dan tork 350Nm pada 1,800 hingga 2,800 rpm.

Ia juga datang dengan transmisi automatik enam kelajuan.

Ciri keselamatannya pula seperti enam beg keselamatan SRS, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Pengagihan Kuasa-Brek Elektronik (EBD), Bantuan Brek Kecemasan (EBA), Kawalan Kestabilan Dinamik (DSC) serta Anti-Skid Regulation (ASR).

SESUAI untuk lasak atau bandar.
SESUAI untuk lasak atau bandar.

Model import sepenuhnya (CBU) ini menawarkan hanya satu varian dengan enam pilihan warna.

Peugeot Landtrek Serba Baharu ini dijual pada harga RM120,072 (atas jalan tanpa insurans).

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 9 April 2023 @ 6:20 AM