HONDA City RS Serba Baharu bakal dilancarkan pada suku keempat 2020.
HONDA City RS Serba Baharu bakal dilancarkan pada suku keempat 2020.
Lizam Ridzuan


HONDA Malaysia kini membuka tempahan model Honda City Serba Baharu yang bakal dilancarkan pada suku keempat tahun ini.

Honda City generasi kelima itu akan ditawarkan dalam empat varian terdiri daripada V dan terbaharu iaitu RS intelligent Multi-Mode Drive (i-MMD) adalah pengenalan pertama di dunia (World Premiere) yang diadakan di Malaysia.

Sistem i-MMD yang turut dikenali sebagai e:HEV untuk pasaran global adalah teknologi hibrid generasi akan datang Honda untuk penggunaan tenaga mesra alam lebih responsif dan efisien.

Ia menghemburkan kuasa tork 253Nm yang bersamaan dengan tenaga yang dihasilkan pada enjin 2.5L Naturally Aspirated.

Model Honda City ini juga menerima enjin baharu 1.5L DOHC i-VTEC untuk keseimbangan di antara prestasi dan pengunaan bahan api efisien.

Selain itu untuk Honda City RS ia tampil dengan lampu hadapan dan belakang LED baharu serta lampu nyalaan siang (DRL), cermin sisi hitam dan rim aluminium 16 inci dwi-warna.

Ciri lain ialah Brek Parkir Elektrik (EPB) serta Honda LaneWatch adalah yang pertama dalam kenderaan segmen-B di negara ini.

Tawaran baucar servis RM1,000 juga diberikan menerusi Program Tempahan Awal Istimewa Honda City Serba Baharu.

Dua lagi varian akan diumumkan dalam tempoh terdekat untuk lebih pilihan kepada pembeli di negara ini.

Tempahan boleh dilakukan di kesemua 101 cawangan pengedar sah Honda di negara ini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 14 Ogos 2020 @ 1:09 PM