GAMBAR asal 64 tahun lalu.
GAMBAR asal 64 tahun lalu.
Lizam Ridzuan

SEKITAR 1955, enam anak muda melakukan ekspedisi ‘The Oxford & Cambridge Far Eastern’ (The First Overland) meliputi perjalanan dari London, United Kingdom (UK) ke Singapura.

Laluan sejauh 16,000 kilometer (km) melalui jalan darat merentasi negara Iran, Burma (Myanmar) dan Malaya (Malaysia) sebelum tiba di Singapura pada 1956.

Terdiri daripada graduan Universiti Oxford dan Cambridge, mereka menggunakan dua Land Rover yang dinamakan ‘Oxford’ dan ‘Cambridge’ yang turut dijadikan dokumentari oleh Perbadanan Penyiaran British (BBC).

SEWAKTU tiba di Malaysia (Malaya) pada 1956.
SEWAKTU tiba di Malaysia (Malaya) pada 1956.

Ia juga perjalanan pertama seumpama itu difilemkan.

Mengambil inisiatif mengulangi semula kenangan dan laluan itu, Alex Bescoby yang juga penerbit filem dan dokumentari daripada Grammar Productions melakukan kembali perjalanan itu.

Bagaimanapun, kali ini, dia menjelajah dari Singapura ke London dan jelajah itu dikenali sebagai ‘The Last Overland’.

Konvoi itu singgah di Kuala Lumpur baru-baru ini sebelum menuju ke Cameron Highlands.

SEWAKTU tiba di Malaysia (Malaya) pada 1956.
SEWAKTU tiba di Malaysia (Malaya) pada 1956.

Ia diraikan oleh Jaguar Land Rover (Malaysia) dan turut dihadiri Pengarah Operasinya Syed Ahmad Muzri Syed Faiz.

Mereka kemudian meneruskan misi melepasi 20 negara antaranya Thailand, Uzbekistan, Turki serta Bulgaria dan dijangka tiba di London pada November depan.

Turut serta dalam perjalanan seorang daripada anggota asal The First Overland, Tim Slessor, 87, yang ditemani cucunya, Nat George.

KENDERAAN pengiring Land Rover.
KENDERAAN pengiring Land Rover.

Tim menggunakan model asal Land Rover Series 1 ‘Oxford’ dengan nombor pendaftaran sama SNX891.

Menurut Alex, kenderaan itu dijumpai oleh rakannya, Adam Bennet di sebuah pulau kecil di selatan Atlantik sebelum dibawa pulang ke UK untuk baik pulih pada 2017.

“Beliau menyediakan Land Rover itu untuk kegunaan saya dan Tim dalam pengembaraan penuh bersejarah ini bagi menjejak semula perjalanan 64 tahun lalu yang pasti banyak perubahan,” katanya.

PASUKAN Last Overland bersama pengurusan Jaguar Land Rover Malaysia.
PASUKAN Last Overland bersama pengurusan Jaguar Land Rover Malaysia.

Selain Alex, turut serta ialah Arcus Allender, Dr Silverius Purba, The rese Marie Becker, Leopold Belanger, David Israeli, Adam Bennett dan Larry Leong dengan masing-masing mempunyai kepakaran tersendiri dalam menjayakan misi 100 hari itu.

Perjalanan kali ini juga akan difilemkan selain turut dikemaskini melalui laman sosial. Untuk mengikuti kisah, gambar dan pengalaman, orang ramai boleh melayari www.lastoverland.com. #vroomHM.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 8 September 2019 @ 6:30 AM