GAYA Sporty CR-V.
GAYA Sporty CR-V.
Lizam Ridzuan

SELEPAS dipertontonkan pada Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur 2018 (KLIMS 2018), Honda Malaysia memperkenalkan model CR-V Mugen Edisi Terhad untuk pasaran tempatan.

Hasil kesinambungan daripada pengenalan dua edisi istimewa iaitu Jazz Mugen serta BR-V yang mendapat sambutan menggalakkan, kini giliran kenderaan utiliti sukan (SUV) CR-V mendapat sentuhan istimewa.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusannya, Toichi Ishiyama berkata, sebagai satu daripada model paling laris, CR-V kenderaan yang sesuai kepada pembeli berorientasikan keluarga untuk gaya hidup premium serta aktif.

“Edisi Mugen menawarkan rekaan lebih segar dan bergaya untuk segmen SUV bukan nasional nombor satu dalam pasaran tempatan yang terjual melebihi 27,000 unit sehingga pertengahan tahun ini,” katanya.

BAHAGIAN bawah spoiler rekaan baharu.
BAHAGIAN bawah spoiler rekaan baharu.

CR-V varian ini dikuasakan enjin 1.5L VTEC Pengecas Turbo pacuan dua roda (2WD) yang menyamai tenaga dan prestasi 2.4 liter dilengkapi pelbagai ciri bantu pemandu termaju seperti Brek Parkir Elektrik (EPB), ‘Auto Brake Hold’ (ABH), ‘Walk Away Auto Lock’ dan Monitor Perhatian Pemandu.

Pelbagai ciri keselamatan terbaik juga ditawarkan seperti enam beg udara, Bantu Mula Bukit (HSA), Isyarat Berhenti Kecemasan (ESS), Bantu Kestabilan Kenderaan (VSA) dengan Bantu Pengendalian Tangkas (AHA), Pengagihan Brek Elektronik (EBD), Brek Anti-Kunci (ABS) dan ISO Fix.

‘WING’ atas belakang bergaya.
‘WING’ atas belakang bergaya.

Rekaan luaran menerima kemasan sporty dengan ciri Mugen pada ‘spoiler’ hadapan dan sisi, kemasan gril hadapan dan sisi, sayap atas belakang dan logo Mugen yang membezakannya dengan yang lain.

CR-V Mugen Edisi Terhad ini hanya ditawarkan sebanyak 300 unit dengan dua pilihan warna iaitu White Orchid Pearl dijual pada harga RM153,300 dan terbaharu, Passion Red Pearl pada harga RM152,900. #vroomHM

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 4 Ogos 2019 @ 6:30 AM