CR-V baharu didatangkan dengan teknologi keselamatan termaju. - FOTO Honda
CR-V baharu didatangkan dengan teknologi keselamatan termaju. - FOTO Honda
Nurmastura Zulkafli

PASARAN automotif negara semakin rancak dengan pelancaran kenderaan utiliti sukan (SUV) versatil menerusi CR-V baharu.

Sambutan menggalakkan diterima Honda Malaysia apabila 600 unit tempahan dalam tempoh hanya sebulan.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia Toichi Ishiyama berkata, bagi mengekalkan momentum kecemerlangan, CR-V sentiasa menawarkan ciri-ciri termaju yang mendahului kelasnya serta mampu memperoleh pasaran yang lebih luas. 

"CR-V adalah model pertama Honda Malaysia dilengkapi dengan Honda SENSING, di mana ia menawarkan ciri-ciri keselamatan dan pemanduan yang lebih selamat kepada pelanggan," katanya.

CR-V baharu peneraju kelas SUV

Berada dalam kelasnya yang tersendiri, model CR-V baharu dilengkapi dengan ciri penuh Honda SENSING yang merangkumi lapan ciri keselamatan iaitu kawalan pemanduan adaptif, sistem mengikuti kenderaan, sistem amaran pelanggaran hadapan, sistem brek mitigasi pelanggaran, amaran keluar lorong, sistem mitigasi keluar dari jalan, sistem bantuan kekal lorong dan lampu tinggi auto.

TRakaman kamera Honda LaneWatch. - FOTO Honda

Mendapat pengiktirafan lima bintang daripada ASEAN NCAP, CR-V baharu dilengkapi ciri keselamatan Honda LaneWatch, kamera cermin sisi yang aktif setiap kali pemandu menghidupkan lampu isyarat kenderaan dan membantu mencegah titik buta bagi pemanduan yang lebih selamat.

CR-V baharu turut hadir dengan pilihan enjin 1.5L VTEC pengecas turbo bagi menjana kuasa 193PS dan tork  sehingga 243Nm serta varian tertingginya dilengkapi sistem pacuan empat roda untuk prestasi pemanduan lebih baik dan memaksimumkan penjimatan bahan api.

Ciri tambahan CR-V baharu. - FOTO Honda

But belakang berkuasa bebas tangan yang memberikan kemudahan mengakses hanya dengan pergerakan kaki pada bawah bampar dan Penghidup Enjin Kawalan Jauh yang membolehkan pemandu menghidupkan enjin sekaligus mengaktifkan penyaman udara tanpa perlu membuka pintu adalah antara ciri tambahan yang diperkenalkan.

CR-V baharu reka bentuk yang lebih moden. - FOTO HONDA

Dengan penampilan lebih segar serta reka bentuk yang lasak dan moden, CR-V baharu menerima beberapa penambahbaikan luaran iaitu gril hitam baharu digabungkan dengan lampu hadapan LED Honda Signatur dan bampar hadapan dengan gaya sayap baharu 'fascia' krom.

Bahagian belakangnya pula dengan krom gelap, lampu belakang baharu, bampar gaya sayap baharu 'fascia' krom serta ekzos berkembar dan rim aloi 18 inci dwi-tona rekaan terkini.

Ruang yang luas dan kemasan yang elegan. - FOTO Honda

Menjadi lambang sebuah model SUV yang elegan, ruang dalaman CR-V baharu diperkemaskan lagi bagi memberi keselesaan dan mengekalkan penggayaan dan cita rasa anggun.

Konsol CR-V baharu ini direka dengan lebih kepelbagaian dan kegunaan, konsol hadapan menempatkan dua port USB terletak di bawah penukar gear, membolehkan kedua-dua pemandu dan penumpang hadapan mengecas peranti mereka secara serentak. 

Dengan sasaran jualan bulanan sebanyak 700 unit, Honda Malaysia yakin CR-V baharu bakal menjadi model SUV kegemaran rakyat Malaysia. 

Prestasi pemanduan luar biasa dipadankan dengan ruang kabin luas dan selesa, menjadikan CR-V baharu sesuai untuk pemilik yang berkeluarga dan individu yang gemarkan aktiviti luar selain mengutamakan keselamatan penumpang dan diri sendiri.

Untuk pasaran Malaysia, Honda CR-V ditawarkan dengan lima pilihan warna melalui tiga varian dijual pada harga RM139,912 (2.0L 2WD), RM157,615 (1.5L TC-P 2WD) dan RM162,910 (1.5 TC-P 4WD) (semua harga atas jalan tanpa insurans).

Maklumat lanjut atau ingin memandu uji CR-V baharu, pelanggan boleh melawat mana-mana 102 pengedar Honda di seluruh negara atau menghubungi talian Bebas Tol Honda di 1-800-88- 2020, atau layari www.honda.com.my.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 27 November 2020 @ 1:47 PM