FOTO Ihsan Facebook Arthur Joseph Kurup
FOTO Ihsan Facebook Arthur Joseph Kurup
BERNAMA

Kota Kinabalu: Pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) dan bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur, malam ini.

Mendiang berusia 79 tahun.

Perkara itu disahkan pegawai kepada anaknya Datuk Arthur Joseph Kurup yang juga Presiden PBRS dan Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan.

Bekas Ahli Parlimen Pensiangan itu pernah memegang beberapa jawatan penting antaranya Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan dan Intergrasi Nasional) dan bersara daripada politik tahun lepas selepas memegang jawatan Presiden PBRS sejak penubuhan parti itu pada 1994.

Arthur, yang juga Timbalan Presiden menggantikan ayahnya sebagai Presiden PBRS pada Januari tahun lepas.

Jenazah dijadual dibawa pulang ke Sabah esok.

Joseph Kurup pemimpin yang setia berkhidmat untuk Sabah

Sabah kehilangan pemimpin luar biasa - Ketua Menteri

PM ucap takziah kepada keluarga mendiang Joseph Kurup

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 17 April 2024 @ 10:16 PM